Takiyuddin dedah Tok Mat Hasan ketuai BN bertemu PN di Hotel St Regis

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Sumber (gambar): TTF

تاكييوددين دده توك مت حسن كتواي بن برتمو ڤن د هوتيل ست ريڬيس

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengesahkan memang wujud pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dan kumpulan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) diketuai Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Hotel St Regis.

Beliau menjelaskan pertemuan itu diadakan sebelum Kerajaan Persekutuan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, setelah tiada parti politik yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Saya mengesahkan PN ada berjumpa pimpinan tertinggi BN sebelum kerajaan sekarang dibentuk. Mereka yang hadir ketika itu diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir), Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong), dan Presiden MIC (Tan Sri SA Vigneswaran).”


Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengesahkan memang wujud pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dan kumpulan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) diketuai Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Hotel St Regis.

Beliau menjelaskan pertemuan itu diadakan sebelum Kerajaan Persekutuan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, setelah tiada parti politik yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.




Menurutnya dalam pertemuan itu pemimpin BN membawa dan menunjukkan senarai tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada BN untuk pertimbangan.

“Saya mengesahkan PN ada berjumpa pimpinan tertinggi BN sebelum kerajaan sekarang dibentuk. Mereka yang hadir ketika itu diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir), Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong), dan Presiden MIC (Tan Sri SA Vigneswaran).

“Pada pertemuan itu, mereka membawa satu senarai dan tunjuk kepada kita bahawa ini tawaran PH kepada BN… jadi apa PN boleh tawarkan kepada BN?” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir, PN Sentiasa Bersamamu di Kampung Periok, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan wujud ‘Langkah St Regis’ yang diatur beberapa Ahli Parlimen daripada BN bersama pemimpin PN, untuk membentuk kerajaan

Zahid berkata, pertemuan itu bukan saja bertujuan menggagalkan pembentukan kerajaan PH-BN, malah cuba untuk menyingkirkan beliau sebagai Pengerusi BN.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...