Takiyuddin dijangka tidak hadir ke IPD Kota Bharu esok untuk beri keterangan

Takiyuddin menyifatkan arahan diterima itu sebagai sesuatu yang pelik apabila polis memberikan tarikh khusus untuk merakam keterangannya. Sumber (gambar): Fail TTF

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dijangka tidak hadir ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, esok untuk memberi keterangan berhubung ucapannya ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Mei Lalu.

Takiyuddin dalam ceramahnya dalam kempen PRK Parlimen Sandakan antara lain mempersoalkan sama ada Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, layak menjadi Perdana Menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.


KUANTAN: Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dijangka tidak hadir ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, esok untuk memberi keterangan berhubung ucapannya ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Mei Lalu.

Takiyuddin berkata, beliau akan berada di Kuantan sehingga esok dalam memastikan segala persiapan Muktamar Pas ke-65 pada 21 sehingga 23 Jun ini berjalan lancar.

“Saya akan berada di Kuantan dari hari ini sehingga esok memandangkan kerja saya masih belum habis lagi.Saya pun tak tahu apa keputusannya memandangkan polis tidak ada menghubungi saya


“Cuma setakat ini mereka (polis) mereka telah faks surat kepada saya melalui Pejabat Pas Kelantan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan, pada 23 Mei lalu, yang memintanya hadir pada jam 10 pagi pada esok, untuk diambil keterangan.

Baru-baru ini, Takiyuddin mengesahkan beliau diarah untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 10 Jun ini.

Namun Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyifatkan arahan diterima itu sebagai sesuatu yang pelik apabila polis memberikan tarikh khusus untuk merakam keterangannya.

Takiyuddin dalam ceramahnya dalam kempen PRK Parlimen Sandakan antara lain mempersoalkan sama ada Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, layak menjadi Perdana Menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.

Susulan daripada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dan meminta siasatan dijalankan terhadap Takiyuddin kerana didakwa seolah-olah mempertikaikan pengampunan diraja diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada Anwar.

Beliau diminta memberi keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur provokasi dan boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam.

Bagaimanapun, Takiyuddin sebelum ini berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak bagi memberi keterangan pada hari berkenaan.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...