Takiyuddin enggan ulas klip audio pemimpin PAS didakwa pertikai kepimpinan Hadi Awang

Takiyuddin menegaskan pihaknya hanya akan membiarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan mengenai audio berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

تاكييوددين اڠڬن اولس كليڤ اءوديو ڤميمڤين ڤاس ڤرتيكاي كڤيمڤينن هادي اوڠ

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini menjarakkan diri daripada mengulas isu berkaitan parti itu yang didakwa mengalami pergolakan dalaman.

Ditemui media di Kelantan hari ini Takiyuddin berkata sebagai orang yang memiliki latar belakang dalam dunia perundangan, dia tidak mahu membuat kenyataan hanya berdasarkan kepada andaian.

Semalam satu klip audio ditularkan di media sosial yang didakwa rakaman percakapan pemimpin kanan PAS yang bimbang terhadap sikap presiden mereka Abdul Hadi Awang.

Menurut rakaman audio berkenaan, individu terbabit mendakwa Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding BN namun pada masa sama tetap mahu “meraikan” gabungan kedua.

Malah jika ada laporan polis dibuat pun, Takiyuddin menegaskan pihaknya hanya akan membiarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan mengenai audio berkenaan.

“Saya sebagai orang undang-undang (peguam), tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu.

TONTON: SESI BERSAMA HANIFF KHATRI – POLITIK MALAYSIA MAKIN PARAH

“Kalau ada laporan polis, biar polis siasat, kita ikut undang-undang.

“Kita tak nak main andaian ini,” katanya kepada media.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu ditemui semasa menghadiri majlis kayuhan basikal sempena program Penanaman 100 juta Pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

Semalam satu klip audio ditularkan di media sosial yang didakwa rakaman percakapan pemimpin kanan PAS yang bimbang terhadap sikap presiden mereka Abdul Hadi Awang.

Menurut rakaman audio berkenaan, individu terbabit mendakwa Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding BN namun pada masa sama tetap mahu “meraikan” gabungan kedua.

Loading...

“Ayat itu Tok Guru (Abdul Hadi) selalu ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” kata suara tersebut.

Sumber:

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...