
تاكييوددين: هاڽ اصول كراجأن دبري كاوتامأن 18 مي اين
Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini akan beri keutamaan kepada usul dan Rang Undang-undang (RUU) kerajaan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menerusi satu sidang media hari ini.
Terdahulu, Mohamad Ariff mengumumkan bahawa pernerimaan usul berkenaan, yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah menurut Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walaubagaimanapun, Ariff berkata usul berkenaan tidak akan dibentangkan menerusi mesyuarat 18hb Mei ini menurut peruntukan perkara yang sama.
PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat pada 18hb Mei ini akan beri keutamaan kepada usul dan Rang Undang-undang (RUU) kerajaan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menerusi satu sidang media hari ini.
“Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan persidangan, kemudian dewan akan bersidang untuk menyelesaikan urusan-urusan kerajaan. Urusan kerajaan sahaja, kemudian ditangguhkan.
“Urusan kerajaan akan didahulukan. Kerajaan ada beberapa urusan (seperti) usul dan RUU,” katanya.
Sidang pada 18hb Mei ini menarik perhatian pelbagai pihak susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Mohamad Ariff mengumumkan bahawa pernerimaan usul berkenaan, yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah menurut Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walaubagaimanapun, Ariff berkata usul berkenaan tidak akan dibentangkan menerusi mesyuarat 18hb Mei ini menurut peruntukan perkara yang sama.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
