Takiyuddin: Kerajaan belum terima laporan siasatan isu kartel daging

Takiyuddin berkata, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PDRM) dipercayai akan mengambil tindakan hingga ke akar umbi bagi menangani isu tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

تاكييوددين: كراجأن بلوم تريما لاڤورن سياستن ايسو كرتيل داڬيڠ

Kerajaan Pusat belum menerima hasil laporan siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku haram yang mencetuskan kebimbangan kepada pengguna Islam, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan menjalankan siasatan berkaitan kes daging sejuk beku berkenaan.

“Isu ini besar dan saya percaya pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri berkemungkinan membuat pengumuman rasmi apabila menerima laporan siasatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Raia Hotel & Convention Centre di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, siasatan kes kartel daging sejuk beku akan dibuat mengikut aspek perundangan samada keperluan undang-undang dipatuhi.


ALOR SETAR: Kerajaan Pusat belum menerima hasil laporan siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku haram yang mencetuskan kebimbangan kepada pengguna Islam, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan menjalankan siasatan berkaitan kes daging sejuk beku berkenaan.




Katanya, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PDRM) dipercayai akan mengambil tindakan hingga ke akar umbi bagi menangani isu tersebut.

“Bagaimanapun, kerajaan belum dilaporkan mengenai hasil siasatan berkenaan dan saya tidak dapat mengulas lanjut kerana belum menerima laporan siasatan kes tersebut.

“Isu ini besar dan saya percaya pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri berkemungkinan membuat pengumuman rasmi apabila menerima laporan siasatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Raia Hotel & Convention Centre di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, siasatan kes kartel daging sejuk beku akan dibuat mengikut aspek perundangan samada keperluan undang-undang dipatuhi.

“Jikalau ada pelanggaran berlaku,maka tindakan akan diambil mengikut undang-undang namun kita tidak boleh buat apa-apa disebabkan siasatan masih berjalan,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...