Takiyuddin: PAS pastikan Umno menang PRK Rantau

Umno yang akan mengekalkan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat khususnya Pengundi Dun Rantau bagi mewakili mereka – Takiyuddin. Sumber (gambar): Harakah Daily

Dato’ Takiyuddin Hassan

#Rantau  #Rantau2019

PAS dengan ini mengesahkan akan memastikan calon Umno memenangi dan mengekalkan kerusi Dun Rantau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun berkenaan yang akan diadakan pada 13 April 2019 nanti.

Perkara ini merupakan ‘obligasi mandatori’ PAS selaras dengan ta’awun siyasi yang telah dimeteraikan oleh PAS dengan Umno pada 5 Mac 2019 lalu.




PAS akan menggabungkan Jentera Pilihan Raya PAS di peringkat Kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan Jentera Pilihan Raya Umno bagi memastikan semua gerakerja kedua-dua parti akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

PAS yakin Umno yang akan mengekalkan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan (Mohamad Hasan), sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat khususnya Pengundi Dun Rantau bagi mewakili mereka. Ini berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, bukan sahaja kepada rakyat Dun Rantau, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...