Takiyuddin: Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15

Takiyuddin menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menyatakan tahap kesiapan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya umum. Sumber (gambar): Fail TTF

تاكييوددين: سوروهنجاي ڤيليهن راي برسديا كموڠكينن ڤيليهن راي عموم ك-15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa terutama dalam tempoh pasca COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata SPR membuat persediaan dan perancangan menyeluruh merangkumi aspek keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas.

Takiyuddin berkata, SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih dari semasa ke semasa berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Katanya, ia termasuk memotong nama pemilih yang disahkan sudah meninggal dunia dan nama pemilih yang disahkan melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan.


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa terutama dalam tempoh pasca Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata SPR membuat persediaan dan perancangan menyeluruh merangkumi aspek keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas.




“Sebagai persiapan menghadapi PRU-15, SPR akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi.

“Urusan pengemaskinian daerah mengundi ini akan dilaksanakan oleh SPR dari semasa ke semasa selaras dengan Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya 1958.

“SPR akan memastikan pewujudan pusat mengundi baharu ini akan memudahkan pemilih untuk keluar mengundi pada masa hadapan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menyatakan tahap kesiapan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya umum.

Takiyuddin berkata, SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih dari semasa ke semasa berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Katanya, ia termasuk memotong nama pemilih yang disahkan sudah meninggal dunia dan nama pemilih yang disahkan melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan.

“Bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan secara adil dan telus, SPR akan meneruskan pelaksanaan penambahbaikan terhadap proses penjalanan pilihan raya seperti yang dilaksanakan dalam pilihan raya kecil selepas PRU-14.

Loading...

“Pada masa ini, proses penjalanan pilihan raya akan disesuaikan mengikut Garis Panduan Pencegahan Covid-19 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

“Perkara ini dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini baru-baru ini,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...