Takkan Melayu hilang di dunia selagi tidak dikhianati bangsa sendiri

Helmi Affendy

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.- Hassan Al Banna.

Malangnya di Malaysia, ada seorang PM yang telah berjaya bikin anak-anak dia jadi billionair, menggunakan cara sebaliknya untuk menaikkan bangsa. Daripada menyuntik jati diri, dia pula menggunakan cara sebaliknya dengan membunuhnya, lalu kemudian berharap ada magis mampu menaikkan bangsanya.

Jangan bunuh kepercayaan bangsa kita dengan tohmahan-tohmahan tidak berasas.

Akhir kata, pegang kuat kata Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya (PAS) dalam tahun 1964:

“Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”

Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.

Comments

Comments