Taksub politik itu meletihkan dan membahayakan

Salleh Said Keruak

1. Taksub politik adalah satu kuman yang sangat bahaya kepada rakyat.  Ini kerana ketaksuban boleh membuatkan kita tidak beradab dan gagal menerima kenyataan politik.




2. Pada Mei 2013, setelah keputusan pilihan raya diumumkan, ada pihak yang tidak boleh menerima keputusan kerana ketaksuban politik tersebut.  Maka, pelbagai tohmahan tentang keadilan dan ketelusan pilihan raya diwar-warkan kepada penyokong masing-masing.

3. Begitu juga apabila mahkamah membuat keputusan perbicaraan yang melibatkan pemimpin politik.  Apabila keputusan tersebut tidak memihak kepadanya, akibat ketaksuban, ada pihak yang menuduh mahkamah dengan pelbagai gelaran.  Mereka yang sebegini adalah “the unthinking public.”

4. Ini kerana ketaksuban menyebabkan sesorang itu menerima bulat-bulat semua maklumat yang disampaikan oleh pemimpin mereka tanpa melihat fakta dan kebenarannya. Moral politik pada mereka tidak penting kerana mereka lebih percaya kepada tohmahan daripada menerima maklumat sahih daripada pihak berautoriti.

5. Akibat ketaksuban inilah ada pihak yang gagal memahami usaha-usaha baik kerajaan untuk mensejahterakan rakyat. Apa sahaja yang kerajaan buat, golongan yang taksub politik ini akan terus melompat dengan pelbagai fitnah tanpa takut dosa pahala.

6. Ketaksuban sebegini boleh menimbulkan huru-hara dan kebencian serta merosakkan perpaduan masyarakat. Fenomena sebegini amat menyedihkan dan menjadikan politik kita tidak matang.

7. Oleh itu, marilah kita meraikan perbezaan pendapat dalam politik secara sihat.  Kita perlu bezakan antara fatwa politik dengan fatwa agama. Yakinlah, ketaksuban politik itu meletihkan dan menjejas keharmonian masyarakat.

Source: sskeruak.blogspot.my

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...