Taktik mengalihkan perhatian rakyat oleh Tun Dr Mahathir Perdana Menteri ke-tujuh

Geliga Naga

Manifesto 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kayu pengukur di dalam pengambil alihan kerajaan. Itulah janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin Pakatan Harapan di dalam semua ceramah sebelum PRU14. Manifesto Pakatan Harapan lebih menunjukkan janji populariti berbanding realiti perlaksanaannya. Ia terbukti sukar untuk di laksanakan. Sebagaimana maklum kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk memansuhkan TOL sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini bahawa sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya, keesokkan harinya TOL akan dimansuhkan. Bukan setakat itu sahaja, janji untuk menghapuskan hutang para peneroka FELDA juga gagal di laksanakan. Banyak lagi yang gagal dilaksanakan. Manakala pihak kerajaan Pakatan Harapan pula memberikan pelbagai alasan bagi melindungi kegagalan mereka menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan.

Tun Dr Mahathir perlu mencari jalan untuk mengalihkan perhatian rakyat di atas kegagalan untuk menunaikan janji Manisfesto 100 Hari Pakatan Harapan yang akan genap pada 18hb Ogos 2018. Bukan sahaja janji Manifesto Pakatan Harapan sahaja gagal, malah keadaan ekonomi yang meruncing turut menjadi faktor untuk Dr Mahathir mencari jalan keluar mengalihkan perhatian rakyat.

TAMBAHAN PERTUDUHAN KE ATAS NAJIB RAZAK

Pada 8hb Ogos 2018 Najib dijangka akan menghadapi tiga lagi pertuduhan tambahan berkait dengan kesalahan AMLA. Pertuduhan akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pertuduhan ini dibuat atas sebab bagi “membuktikan” kata-kata ucapan Tun Dr Mahathir bahawa Najib Razak adalah “penyamun wang rakyat” seperti mana isi kandungan ucapannya di dalam siri-siri ceramah Pakatan Harapan sebelum PRU14. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak SPRM bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara berganding bahu untuk membuktikan kata-kata Dr Mahathir, walaupun pengakhiran kes ini masih lagi samar-samar. Jadi ini adalah salah satu dari cara untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bangun menentang kerajaan Pakatan Harapan yang gagal menunaikan janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan serta kegagalan menjaga kepentingan kebajikan rakyat.

MEMBAWA BALIK KAPAL MEWAH – EQUANIMITY  KE MALAYSIA BUKAN MILIK JHO LOW

Kapal mewah yang dinamakan sebagai Equanimity ini telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia pada Mac 2018 di Perairan Bali Indonesia atas permintaan DoJ. Walau bagaimanapun ianya telah di lepaskan oleh pihak berkuasa/Mahkamah tempatan Indonesia atas beberapa sebab berkait dengan kesilapan proses sitaan kapal tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia. Terkini kapal mewah tersebut telah diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia melalui permintaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir kepada President Indonesia Jokowi baru-baru ini. Kapal mewah ini telahpun di bawa balik ke Pelabuhan Klang pada 8hb Ogos 2018. Persoalannya hingga kini masih belum dapat dibuktikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia bahawa adalah sah kapal mewah ini dibeli melalui wang milik 1MDB. Sedangkan sebelum ini kapal mewah Equanimty disahkan milik jutawan fesyen yang berasal dari China bernama Do Won Chang dan bukannya milik Jho Lo seperti mana yang laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri

http://asas2020.blogspot.com/2018/03/sah-equanimity-bukan-milik-jho-lo-mana.html?m=1 .

Adakah pihak yang menjalankan siasatan berkaitan kontroversi 1MDB telah pun mempunyai bukti yang sah berpandukan peruntukkan undang-undang Negara Malaysia bahawa kapal mewah Equanimity dibeli dengan menggunakan wang 1MDB? Bagaimana pula dengan perundangan merentasi sempadan yang melibatkan siasatan yang dijalankan oleh pihak-pihak lain? Juga permohonan-permohonan bantahan yang dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan dengan kapal mewah tersebut di Mahkamah California, sedangkan ianya masih belum mempunyai sebarang keputusan mahkamah? Ianya disimpulkan sebagai tujuan memperkukuhkan persepsi negatif rakyat terhadap Najib Razak. Selain dari itu ianya juga akan berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir urus Negara.

Sumber: Geliga Naga

Comments

Comments



Loading...