
تقيييوددين: ڤاس صح برسام ڤريكتن ناسيونل، ترڤولڠ امنو نق ايكوت اتاو تيدق
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam mengesahkan partinya bersama PPBM dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional.
Dalam membuat pengesahan itu, Takiyuddin menambah, beliau tidak pasti adakah sekutunya, Barisan Nasional akan turut serta.
Takiyuddin sebelum ini menegur UMNO secara terbuka apabila berkata parti itu tidak pernah berbincang dengan PAS berhubung keenganannya menyertai Perikatan Nasional dan sebaliknya terus membuat kenyataan rasmi.
Pengesahan Takiyuddin semalam merupakan pengesahan kali kelima yang dibuat oleh pemimpin PAS berhubung komitmen parti itu terhadap gabungan Perikatan Nasional.
Pengesahan ini turut membuktikan PAS dan UMNO tidak sehaluan dalam banyak perkara disebabkan sikap UMNO yang ingin kekal sebagai “big brother” walaupun berpaut pada PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam mengesahkan bagi kali ketiga partinya bersama PPBM dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional.
Dalam membuat pengesahan itu, Takiyuddin menambah, beliau tidak pasti adakah sekutunya, Barisan Nasional akan turut serta.
“PAS ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.
Takiyuddin mengesahkan partinya bersetuju untuk mendaftarkan PN secara rasmi.
“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Mohd Redzuan Yusof pada sidang media memaklumkan pendaftaran Perikatan Nasional sedang dilakukan.
Menurut laporan, pendaftaran Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Sekutu PAS dalam Muafakat Nasional, Umno sebelum ini mengumumkan tidak akan menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya mahu memperkasakan Muafakat Nasional.
Walaubagaimanapun, Takiyuddin sebelum ini menegur UMNO secara terbuka apabila berkata parti itu tidak pernah berbincang dengan PAS berhubung keenganannya menyertai Perikatan Nasional dan sebaliknya terus membuat kenyataan rasmi.
Pada 1hb Ogos lalu, TTF menulis:
Takiyuddin menegaskan bagi kali kedua sokongan PAS terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, sehingga PRU-15.
“Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji,” katanya.
Pengesahan Takiyuddin semalam merupakan pengesahan kali kelima yang dibuat oleh pemimpin PAS berhubung komitmen parti itu terhadap gabungan Perikatan Nasional.
Pengesahan ini turut membuktikan PAS dan UMNO tidak sehaluan dalam banyak perkara disebabkan sikap UMNO yang ingin kekal sebagai “big brother” walaupun berpaut pada PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
