#TamatDarurat: Apakah ini sebabnya Anwar tidak kelihatan di perkarangan Istana Negara?

“…Ini sekaligus akan menjadikan Anwar perdana menteri tepi buat selama-lamanya dan menghancurkan terus komplot kerjasama melibatkan Anwar, Kluster Mahkamah dan pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP. Apakah ini sebabnya Anwar tidak hadir di perkarangan Istana Negara bagi menyokong Gerakan Tamat Darurat?”

Raggie Jessy Rithaudeen

#تمتضرورت: اڤاكه اين سببڽ انور تيدق كليهاتن د ڤركارڠن ايستان نڬارا؟

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Nampaknya kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahm bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang diwar-warkan oleh penganjur Gerakan Tamat Darurat tidak menjadi realiti apabila hanya Mahathir muncul bersama penganjur di perkarangan luar pintu pagar Istana Negara.

Ya, Anwar, yang selama ini melemparkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba-tiba ‘ghaib’ dalam pada Mahathir, Khalid Samad dan Mohamad Sabu berjemur di tengah panas demi memanjangkan keluhan rakyat kepada Yang Di-Pertuan Agong.




Di manakah Anwar, dan apakah beliau tidak ingin Darurat ditamatkan?

Isnin lalu, saya menulis:

Majoriti pemimpin bahagian dan cawangan serta ahli-ahli parlimen UMNO semakin tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan cenderung ke arah EGM untuk cuba menggulingkannya.

Menyedari hal ini, orang-orang Najib takut Muhyiddin akan menyogok pemimpin bahagian dan cawangan dengan jawatan agar mereka menyokong proksi PPBM sebagai presiden baharu UMNO.

Sudah pasti proksi ini akan membenarkan Muhyiddin menguasai UMNO secara tidak langsung, sekaligus menggagalkan segala perancangan Najib untuk menggunakan UMNO sebagai platform rundingan.

Kesedaran ini menyebabkan gerakan rahsia oleh orang-orang Najib sendiri untuk cuba menjadikan Najib presiden UMNO dengan retorik kononnya beliau orang terbaik untuk memimpin parti itu menjelang PRU15.

Ya, Najib sememangnya ingin kembali sebagai presiden UMNO. Sehingga ini berlaku, beliau tidak akan mengarahkan penyokongnya – sekitar tiga hingga empat ahli Parlimen – untuk menarik sokongan mereka terhadap Perikatan Nasional.

Loading...

Najib tahu Muhyiddin terdesak untuk menyatukan UMNO dan PPBM di bawah bumbung Perikatan Nasional atau menggabungkan terus kedua-dua parti itu di bawah jenama “UMNO-BERSATU.”

Ini adalah bagi memastikan jentera UMNO dapat digunakan untuk membantu kempen Perikatan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-15.

Najib sendiri terdesak untuk berunding dengan Muhyiddin disebabkan sabitan bersalahnya dalam kes SRC dan sudah pasti akan membenarkan UMNO bekerjasama dengan PPBM andai kata Muhyiddin dapat membantunya.

Untuk itu, Najib perlu menguasai UMNO terlebih dahulu agar proksi Muhyiddin tidak berjaya merampas jawatan presiden parti.

Sehingga itu, Najib perlu memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam kerajaan agar ruang untuk beliau berunding dengan Muhyiddin masih terbuka.

Sekiranya Barisan Nasional berundur dalam masa terdekat, peluang ini akan hancur kerana kerajaan tidak mampu bertahan andai kata Yang Di Pertuan tiba-tiba bersetuju agar Darurat ditamatkan.

Dalam senario ini, Muhyiddin dijangka akan cuba memasuki perjanjian dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bersetuju agar Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional tanpa penglibatan Kluster Mahkamah.

Sekiranya Mahathir bersetuju, Perikatan Nasional akan secara otomatik memiliki sokongan lima ahli parlimen PEJUANG dan MUDA berserta ahli-ahli parlimen dari UMNO yang tidak mempunyai kes mahkamah (Team B).

Ahli-ahli parlimen ini (Team B) tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Mahathir kerana:

  1. Hampir kesemua mereka menolak Muhyiddin, menyebelahi Mahathir dan tidak ingin Anwar menjadi perdana menteri
  2. Seorang dua yang masih menyokong Anwar tahu sokongan mereka tidak akan membuahkan sebarang hasil.
  3. Penglibatan Mahathir akan menyaksikan penyertaan wakil rakyat AMANAH, PKR, Sabah dan Sarawak yang menyokong blok kuasa ketiga, sekaligus memberikan Perikatan Nasional majoriti besar, mungkin juga dua per tiga.

Majoriti ini akan meyakinkan lagi Team B untuk mengusulkan penyingkiran terus Najib, Zahid dan tiga lagi anggota Kluster Mahkamah dari UMNO menerusi EGM agar Barisan Nasional boleh bersama Perikatan Nasional secara rasmi.

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Ini sekaligus akan menjadikan Anwar perdana menteri tepi buat selama-lamanya dan menghancurkan terus komplot kerjasama melibatkan Anwar, Kluster Mahkamah dan pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP.

Apakah ini sebabnya Anwar, yang diketahui umum merupakan sekutu rapat Najib dan Zahid, tidak hadir di perkarangan Istana Negara bagi menyokong Gerakan Tamat Darurat?

Apakah Anwar takut Barisan Nasional akan tarik sokongannya dari kerajaan andai kata Darurat tamat sebelum Najib sempat mengambil alih jawatan presiden parti?

Apakah ini juga sebabnya Guan Eng tidak hadir memberikan sokongan kepada presiden AMANAH dan Mahathir?

WAJIB BACA:

Ramai tak faham maksud tersirat Tun kepada Muhyiddin, termasuk orang Tun sendiri…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...