Tamparan kencang Muhyiddin terhadap Mahathir

Muhyiddin dilihat menyokong Sultan Johor serta Tengku Mahkota Johor dalam isu perlantikan Menteri Besar. Sumber (gambar): Fail TTF

Berikut merupakan artikel terbitan Utusan Online berserta komen-komen dari TTF (dalam biru):


KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk melantik Menteri Besar di Johor tidak seharusnya berlaku.

TTF: Untuk makluman, hanya satu pihak sahaja yang memulakan polemik perlantikan Menteri Besar dengan lantang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk membuat lantikan tersebut.

Pihak itu tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Utusan Online bersambung…

Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal itu kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dari dahulu yang Menteri Besar Johor akan dilantik sultan di negeri tersebut.


Malah, beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga menjelaskan perkara itu termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Johor.

“Undang-Undang Tubuh Johor menjelaskan ketua parti yang memerintah negeri akan mengemukakan beberapa nama kepada sultan untuk dipilih sebagai Menteri Besar.

“Sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan parti majoriti. Jadi tidak perlu ada pertikaian tentang perkara ini,” katanya.

TTF: Kenyataan ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat oleh Muhyiddin terhadap Mahathir, yang baru semalam menegaskan bahawa pelantikan Menteri Besar Johor merupakan hak kerajaan dan parti politik yang memenangi pilihan raya dan bukan Institusi Raja.

ARTIKEL BERKAITAN:

50 dalil membuktikan Mahathir tidak mengiktiraf kemuliaan raja-raja Melayu dan berhajat menghapuskan institusi diraja (Bahagian Pertama)

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja rasmi Menteri Dalam Negeri ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Stesen Udara Maritim Subang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Diadaptasi dari:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...