Tamparan kencang Mukhriz kena tepat pada PKR, ‘anak buah’ Anwar

Pada 20 Mac lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton dan meramalkan ketua pembangkang itu dijadikan sebagai perdana menteri jika bersetuju menerima tawaran tersebut. Sumber (gambar): TTF

تمڤرن كنچڠ مخريز كنا تڤت ڤد ڤقر، ‘انق بواه’ انور

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Keterdesakan PKR menebus kembali maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tercalar teruk menyebabkan parti itu ghairah memutar belit fakta demi menonjolkan imej presidennya yang makin pudar.

Mengulas kenyataan Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PKR cuba menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana parti itu ghairah untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri.

“Saya tegaskan kepada anda, Nik Nazmi, bahawa dalam keghairahan anda untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, anda menyalahkan orang lain khususnya Mahathir atas semua kegagalan PKR. 

“Sehingga ke hari ini, Mahathir terus menentang korupsi dan jelas sekali beliau langsung tidak meraih manfaat daripada Langkah Sheraton yang melibatkan ahli-ahli parlimen yang digugurkan dari PKR serta bekas ahli-ahli parlimen Umno yang menyertai Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

“Punca sebenar ahli-ahli Parlimen dalam Umno yang tidak terkait dengan kes mahkamah begitu bersungguh-sungguh hendak menyertai PH melalui Bersatu adalah kerana PH menang dan berjaya menjatuhkan kerajaan Najib.”


PETALING JAYA: Keterdesakan PKR menebus kembali maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tercalar teruk menyebabkan parti itu ghairah memutar belit fakta demi menonjolkan imej presidennya yang makin pudar.

Pada 20 Mac lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton dan meramalkan ketua pembangkang itu dijadikan sebagai perdana menteri jika bersetuju menerima tawaran tersebut.




Dalam mengulas isu peralihan kuasa melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar ketika Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa, Nik Nazmi mendakwa Mahathir hanya berminat untuk memperkukuhkan kedudukannya ketika itu.

Kenyataan Nik disangkal terus oleh Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong, yang menasihati PKR untuk berhenti mengubah fakta berhubung ‘Langkah Sheraton’ semata-mata untuk menjustifikasi inisiatif rundingan dengan kluster mahkamah bagi membentuk kerajaan.

Menurut Chin Tong, rundingan antara Anwar dan ‘pihak tertentu’ dari UMNO sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini sebenarnya melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak (bawah).

Wan Saiful usah berleter panjang macam nenek tua, kalau berani terus buat laporan polis

Manakala itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan semalam untuk memperbetulkan fakta Nik Nazmi berhubung Mahathir dan penerimaan ahli-ahli UMNO ke dalam PPBM.

Menurut Mukhriz, Nik Nazmi cuba menyalahkan Mahathir kerana PKR ghairah untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri.

Loading...

“Saya tegaskan kepada anda, Nik Nazmi, bahawa dalam keghairahan anda untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, anda menyalahkan orang lain khususnya Mahathir atas semua kegagalan PKR.

“Sehingga ke hari ini, Mahathir terus menentang korupsi dan jelas sekali beliau langsung tidak meraih manfaat daripada Langkah Sheraton yang melibatkan ahli-ahli parlimen yang digugurkan dari PKR serta bekas ahli-ahli parlimen Umno yang menyertai Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mukhriz lagi, jika ada unsur-unsur suapan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika, lebih baik pihak yang mendapat manfaatnya didedahkan selepas mereka mengkhianati mandat rakyat.

“Yang pasti, bukan Mahathir,” katanya.

Mengimbas semula bagaimana PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional selepas lebih 60 tahun gabungan itu mentadbir negara, Mukriz berkata kepimpinan Mahathir berjaya menyatukan pengundi untuk menolak Najib.

“Punca sebenar ahli-ahli Parlimen dalam UMNO yang tidak terkait dengan kes mahkamah begitu bersungguh-sungguh hendak menyertai PH melalui Bersatu adalah kerana PH menang dan berjaya menjatuhkan kerajaan Najib.

“Kita menang secara sah, tidak seperti pentadbiran Muhyiddin Yassin yang memerintah secara menabur habuan tetapi menghukum mereka jika tidak dapat apa yang dihajati demi untuk kekal berkuasa,” katanya.

Menurut Mukhriz, dia pernah membantah kemasukan beberapa ahli parlimen UMNO ke dalam PPBM tetapi Muhyiddin menggunakan kuasanya sebagai presiden parti untuk menolak cadangan berkenaan.

Mukhriz kemudian meminta Nik Nazmi berlaku adil ketika membuat kenyataan kerana sebelum ini dia menuduh Mahathir membuat keputusan secara bersendirian tanpa mengendahkan kerangka PH dan mengecam Buku Harapan.

“Tetapi pada masa yang sama, anda mengatakan PH mencapai banyak kejayaan pada waktu yang singkat, dalam tempoh 22 bulan, dengan berpandukan kepada aspirasi dan hala tuju yang terkandung dalam Buku Harapan. Yang mana satu (yang betul)?

“Adakah anda bermaksud bahawa walaupun kepimpinan Mahathir dikatakan pincang, kerajaan sebelum ini berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan kegagalan semuanya disebabkan oleh Mahathir seorang?” katanya.

Mukhriz juga berkata sepatutnya pelantikan menteri dari kalangan pemimpin PKR – serta yang bertelingkah dalam parti itu – diselesaikan secara dalaman.

“Kenapa Mahathir yang dipersalahkan seolah-olah beliau memihak kepada kumpulan tertentu apabila melantik pemimpin-pemimpin kanan PKR sebagai anggota kabinet?” katanya.

Justeru Mukhriz meminta supaya PKR tidak berpura-pura dengan menunjukkan kononnya pemimpin parti itu ikhlas semasa PH menjadi kerajaan.

“Dengan ini, saya mengecam sebarang andaian mahu pun dakwaan bahawa Mahathir pada bila-bila masa melakukan kesalahan atau bertindak tanpa etika, termasuk ketika ahli-ahli parlimen Umno menyertai Bersatu dan PH,” katanya.

THE THIRD FORCE

Diubahsuai daripada laporan asal oleh Malaysiakini dan laporan TTF sebelum ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...