
تن سري ادروس هارون ڬنتي تومماي تومس
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.
Peletakan jawatan Thomas mula-mula diumumkan oleh porta The Edge Markets pada malam 28hb Febuari.
Thomas memberitahu beliau letak jawatan berdasarkan amalan di United Kingdom di mana Peguam Negara lazimnya akan berundur apabila kerajaan berubah.

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.
“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan terhadap pelantikan itu,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Agong turut memperkenan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatannya berkuat kuasa 28hb Februari lalu selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.
Peletakan jawatan Thomas mula-mula diumumkan oleh porta The Edge Markets pada malam 28hb Febuari.
Thomas memberitahu beliau letak jawatan berdasarkan amalan di United Kingdom di mana Peguam Negara lazimnya akan berundur apabila kerajaan berubah.
THE THIRD FORCE
