Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bapa Keperihatinan Negara, wira kebangsaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

تن سري محي الدين يسٓ، باڤ كڤريهتينان نڬارا

Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberikan gelaran Bapa Keperihatinan Negara atas jasa dan kecekapannya memimpin kerajaan persekutuan memerangi wabak Covid-19.

 




Dengan kebijaksanaan beliau dan strategi-strategi yang telah dipraktikkan kerajaan pimpinan beliau, nisbah kematian kepada kes di Malaysia adalah antara terrendah di dunia, manakala kadar peningkatan kes dapat distabilkan dengan jayanya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia amat menghargai sumbangan Muhyiddin pada saat genting ini, khususnya keperihatinan beliau memahami permasalahan semua lapisan masyarakat sehingga menjurus kepada pakej Prihatin Nasional yang dapat dinikmati oleh setiap individu secara terus.

Berkalung-kalung penghargaan turut ditujukan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Hamid Bador dan naungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Gandingan Hamzah-Hamid terbukti berkesan apabila PDRM dilihat mampu mengorak strategi-strategi baharu dalam masa yang singkat untuk menangani masalah-masalah berbangkit dan proaktif dalam tindak-tanduknya tanpa membebankan rakyat.

Tidak lupa juga jasa yang tidak ternilai oleh Panglima Angkatan Tentera kita, Tan Sri Affendi Buang.

Menerusi kebijaksanaan beliau, pihak Tentera Diraja Malaysia dilihat mampu berganding bahu secara harmoni dengan pihak PDRM demi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan berjaya dilaksanakan dan kesejahteraan rakyat jelata kekal terjamin.

Tahniah, setinggi-tinggi tahniah kepada wira-wira kita ini.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...