Tan Sri Zeti tidak bercakap benar

Dato’ Lokman Adam

Berdasarkan maklumat yang tercatit dalam kertas siasatan terhadap Najib Razak sepertimana diterbitkan dalam blog The Third Force, adalah di maklumkan bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada masa kertas siasatan tersebut disediakan telah terlibat secara langsung semasa transaksi membawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan.

Menurut kertas siasatan tersebut, Zeti telahpun diberitahu oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang “gift” berbentuk wang derma yang bakal diterimanya dari Putera Saudi. Bukti yang dipaparkan di blog The Third Force jelas menunjukkan bahawa Zeti-lah yang mencadangkan agar wang tersebut dimasukkan kedalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Berdasarkan perkembangan ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor Bank Negara ketika itu tahu identiti sebenar penderma. Persoalannya;

1. Mengapakah Zeti tidak membuat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma tersebut?

2. Mengapakah Zeti tidak membantu SPRM mendapatkan rekod transaksi dari AMBANK?

3. Mengapakah Zeti hanya berdiam diri, seolah-olah beliau tidak tahu menahu perihal perkara tersebut?

Zeti harus menjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak boleh disabitkan sebagai “money laundering” kerana ianya mengikuti prodesur kemasukan wang asing. Sudah menjadi tanggungjawab beliau menjawab soalan-soalan ini memandangkan bukti-bukti yang dipaparkan oleh The Third Force kian tular di media sosial, whatsapp dan wechat.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam merupakan Presiden pergerakan Pemantau Malaysia Baru

Comments

Comments



Loading...