Tanah runtuh? Banjir? Salahkan Tuhan teruslah!

Seademon

Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang terdiri dari pakar mengenai kelestarian alam semulajadi berkata, mereka telah memberi amaran kepada kerajaan Pulau Pinang bahawa tragedi tanah runtuh akan terus berlaku sekiranya cerun-cerun terus ditarah. Walau bagaimanapun, mereka telah dicap sebagai pembuat masalah (gambar 1).

Malah, pakar tanah Dr Kam Suan Peng pernah mengutarakan masalah penghakisan cerun di Bukit Kukus akibat pembangunan yang tidak dipantau sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri, namun tidak diendahkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata bahawa kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus yang telah mengorbankan seramai 3 orang dengan 3 orang masih hilang itu telah disebabkan oleh hujan lebat (gambar 2).

Alasan tersebut sama seperti guru beliau yang kini menjadi Menteri Sidang Media.

Semasa menjadi Ketua Menteri, Menteri Sidang Media pernah gunakan alasan hujan lebat untuk menerangkan kejadian banjir berulang kali di negeri tersebut (gambar 3).

Malah, beliau juga yang terkenal dengan kesilapan titik perpuluhan pernah memperbetulkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kerana tidak menepati citarasa beliau. Titik perpuluhan pun salah, ada hati nak ajar orang lain (gambar 4).

Apa-apa pun, tahniahlah kepada para pengundi Pulau Pinang kalau ada adik-beradik, sanak-saudara, rakan-taulan yang mati tertimbus atau lemas. Anda sendiri yang memilih kerajaan anda. Elok sekiranya anda ikut aje salahkan hujan…atau nak blanket cover, salahkan Tuhan terus

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...