Tanda jelas Raja-Raja Melayu sedar ada yang tidak kena dengan pentadbiran Muhyiddin

Tindakan Yang Di-Pertuan Agong menerima menghadap 18 pemimpin politik dan mengadakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu merupakan petanda paling jelas ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran persekutuan yang membimbangkan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Raja-Raja Melayu. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jika Muhyiddin memahami apa yang berlaku dan jika kerajaan sedar akan kerisauan Raja-Raja Melayu sehingga terpaksa diadakan perbincangan khas, saya rasa perkara yang paling bermaruah yang boleh dilakukan oleh Muhyiddin ialah meletakkan jawatan secara sukarela dan membenarkan proses pelantikan Perdana Menteri baharu berlangsung”

Raggie Jessy Rithaudeen

تندا جلس راج-راج ملايو سدر اد يڠ تيدق كنا دڠن ڤينتادبيران محي الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan Darurat selepas 1hb Ogos 2021.

Perkara ini dinyatakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, yang berkata, Raja-Raja Melayu menyokong dan sependapat dengan Yang Di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.




Dalam perbincangan khas yang dilaporkan berlangsung selama hampir lima jam, Raja-Raja Melayu mengenalpasti masalah-masalah berbangkit yang sering diutarakan oleh pelbagai pihak yang mendapati pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal teruk.

Antaranya, Raja-Raja Melayu mengambil maklum angka harian Covid-19 yang besar meskipun dalam pemerintahan Darurat, keadaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan, suasana politik yang tidak stabil, perpaduan rakyat yang makin retak dan masalah-masalah lain yang dihadapi rakyat, termasuk mereka yang hilang pendapatan.

Raja-Raja Melayu turut mengambil maklum dan bersetuju bahawa program vaksinasi perlu dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi, sejajar dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan perlu mengambil pendekatan “suntik dulu, daftar kemudian” dan membawa vaksin kepada rakyat.

Paling menarik ialah kata sepakat Raja-Raja Melayu berhubung perlunya Proklamasi Darurat ditamatkan selepas 1hb Ogos dan perlunya parlimen segera bersidang, menandakan Raja-Raja Melayu sedar Darurat gagal menangani wabak Covid-19 dan perlunya penglibatan wakil-wakil rakyat pembangkang dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Kata-kata sepakat ini mencadangkan:

1. Raja-Raja Melayu sedar ada yang tidak kena dalam pentadbiran persekutuan dari sudut politik, sosial, kesihatan, ekonomi dan kewangan dan sependapat bahawa Dewan Rakyat perlu segera membahaskan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Muhyiddin.

2. Raja-Raja Melayu sedar bahawa persidangan Dewan Rakyat akan membenarkan ahli-ahli parlimen membahaskan pelbagai isu berbangkit, antaranya, perbelanjaan kerajaan di bawah Darurat dan monopoli pembelian dan pengagihan vaksin.

Loading...

3. Raja-Raja Melayu ingin isu-isu ini dibahaskan malah mungkin ingin perbahasan ini dilakukan segera bagi membenarkan proses semak imbang dilakukan.

4. Raja-Raja Melayu tidak ingin Darurat ditafsirkan atau digunakan sebagai “perisai politik” sepertimana yang didakwa oleh pelbagai pihak.

Tindakan Yang Di-Pertuan Agong menerima menghadap 18 pemimpin politik dan mengadakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu turut merupakan petanda ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran persekutuan yang membimbangkan Raja-Raja Melayu.

Namun, disebabkan Yang Di-Pertuan Agong berada di atas politik sepertimana yang pernah dititahkan oleh Sultan Azlan Shah pada 19hb April 2009, Seri Paduka Baginda Tuanku tidak menyentuh hal-hal tadbir urus kerajaan dan setakat bertitah bahawa Parlimen perlu segera bersidang.

Pada hemat saya, ini merupakan langkah pertama oleh Yang Di-Pertuan Agong yang berniat memperbetulkan keadaan dan memberi peluang kepada Muhyiddin untuk membutikan bahawa beliau ada jalan penyelesaian bagi memulihkan negara.

Ini dibayangkan oleh Yang Di-Pertuan Agong sendiri apabila menzahirkan pandangan bahawa perlu ada pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Jika Muhyiddin memahami perkembangan ini dan jika kerajaan sedar akan kerisauan Raja-Raja Melayu sehingga terpaksa diadakan perbincangan khas, saya rasa perkara yang paling bermaruah yang boleh dilakukan oleh Muhyiddin ialah meletakkan jawatan secara sukarela dan membenarkan proses pelantikan Perdana Menteri baharu berlangsung.

Ini keraja Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Muhyiddin bukannya pelan pemulihan dalam ertikata yang sebenar kerana berkisar di sekitar “Perintah Kawalan Pergerakan” yang terbukti gagal dan tidak menitikberatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kepincangan dalam pentadbiran.

Malah, Tan Sri Rafidah Aziz menjelaskan dengan tepat bahawa Pelan Pemulihan Negara gagal sebab tidak memiliki sebarang strategi yang meyakinkan bahawa kerajaan tahu cara memacu negara ke hadapan.

WAJIB BACA: 

Rafidah Aziz: Mana strategi kerajaan untuk bawa negara ke hadapan?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...