Tanjung Piai: Boleh jadi calon tapi tak boleh undi?

Norismail Sarbini

Bukankah aneh jika mereka yang berusia 18 tahun boleh bertanding pilihanraya tetapi masih tidak dibenarkan megundi?

Demikian persoalan yang diajukan Pengerusi GBN Shah Alam, Norismail Sarbini, yang turut bertanya jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berlaku adil apabila calon yang bertanding tidak dapat membuang undi untuk dirinya sendiri.




“Saya faham, kerajaan berniat turunkan umur layak mengundi ke 18 tahun. Tetapi jangan sampai seorang itu boleh bertanding tetapi tidak layak buang undi untuk dirinya sendiri.

“Tidak kemas, nampak seolah-olah kerajaan tergesa-gesa kerana kebetulannya terpaksa diadakan pilihanraya kecil mengejut di Tanjung Piai,” katanya.

Menurut Noris, langkah tergesa-gesa ini bukti Pakatan Harapan terdesak mencalonkan mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun bagi menarik undi golongan lebih liberal berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Sebelum ini, pihak TTF dan GBN berkali-kali menerangkan bagaimana PRU15, jika diadakan tahun depan, akan melihat penglibatan hampir 45 peratus pengundi berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Semalam, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata rakyat berusia 18 tahun tidak dibenarkan mengundi pada PRK ini kerana pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan yang diwartakan pada 10 Sept lalu belum dikuatkuasakan.

“Sama ada calon berusia 18 tahun ini diterima atau tidak, ia terletak dalam bidang kuasa pegawai pengurus pada hari penamaan calon.

Loading...

“Bagi pihak SPR, kita sedang ambil tindakan untuk melibaturuskan secara dwi-partisan pada masa terdekat, minggu ini,” katanya selepas mesyuarat khas mengenai PRK Tanjung Piai di Menara SPR hari ini.

Azhar ketika ditanya adakah proses pendaftaran pengundi bagi pengundi berusia 18 tahun boleh dilakukan secara manual, sementara menunggu sistem automatik diperkenalkan, beliau berkata perkara itu belum dikuatkuasakan.

“Belum, untuk umur 18 tahun, penurunan had umur untuk mengundi dari 21 tahun hingga 18 tahun belum dikuatkuasakan. Ia akan dikuatkuasakan apabila diputuskan dan diwartakan sedemikian,” katanya.

Menurut Noris, adalah tidak wajar pihak SPR menafikan seseorang calon hak untuk mengundi dirinya sendiri.

“Kalau dah setuju dia layak bertanding, maknanya dia cukup matang untuk mewakili rakyat. Yang dia tak boleh nak undi ni apa cerita?

Norismail Sarbini merupakan Pengerusi GBN Shah Alam

GERAKAN BANGSA NASIONAL


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...