Tanjung Piai: Meletakkan calon MCA kesilapan teramat besar

Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusop. Sumber (gambar): TTF

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, tindakkan Barisan Nasional menamakan ketua bahagian MCA Taiping Wee Jeck Seng sebagai calon kerusi Tanjung Piai merupakan kesilapan yang teramat besar oleh gabungan parti pembangkang tersebut dan tanda kegagalan UMNO membaca sentimen Melayu-Islam.

Menurut Rosdzaman, semenjak UMNO memasuki perjanjian permuafakatan dengan PAS, nampak sangat pemimpinnya takut dilabel sebagai pro-Islamik sekiranya MCA bertindak keluar dari BN.

“Nak takut apa? Daripada mengambil risiko hilang pengundi Melayu, lebih baik lepaskan MCA sekiranya itu yang dia hendak. 

“Nak raih undi Cina tu boleh bincang kemudian, bukannya UMNO tak boleh masuk perjanjian dengan parti lain sebelum PRU15, bukannya MCA mampu berdiri sendiri ataupun diterima oleh PH.

“UMNO tak nampak ke semua ini?”


SUBANG JAYA: Tindakkan Barisan Nasional menamakan ketua bahagian MCA Taiping Wee Jeck Seng sebagai calon bagi kerusi Tanjung Piai merupakan kesilapan yang teramat besar oleh gabungan parti pembangkang tersebut dan tanda kegagalan UMNO membaca sentimen Melayu-Islam.

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, dalam pada masyarakat Melayu-Islam sedang menuduh PKR dan AMANAH menjadi ‘hamba’ kepada DAP, UMNO pula akan dilihat sebagai ‘hamba’ kepada MCA.




“Jangan ditolak kemungkinan ini. Sebaliknya, terimalah hakikat bahawa ini merupakan satu-satu strategi UMNO yang paling ‘fail’ dalam sejarah Barisan Nasional.

“Dia kata pengumuman lambat BN adalah strategi, strategi apa benda ini?”

Sebelum ini, MCA kerapkali dituduh menjadi “duri dalam daging” kerana dilihat bersekutu dengan DAP menentang UMNO dalam isu melibatkan hak dan kepentingan masyarakat Melayu-Islam.

“Masa (Dato’ Seri Abdul) Hadi Awang dulu usulkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah, MCA tentang, malah boleh bersetuju lagi dengan DAP, padahal, usul Hadi langsung tidak ada kesan pada (masyarakat) bukan Islam.

“Bukannya MCA tak tahu perkara ini, cuma dia hendak dapatkan ‘milleage’ daripada orang Cina dengan tunjukkan dia berani sentuh isu sensitif.

“Terbaru pun sama, bila Dong Zong mendakwa pengenalan tulisan jawi dan seni khat di peringkat sekolah akan “mengislamkan pendidikan,” MCA tak tentang.

“Sebaliknya, dia sokong DAP, disuruhnya DAP beri tekanan pada kerajaan untuk batalkan rancangan perkenalkan khat dan jawi di sekolah.

Loading...

“UMNO pula diam, tak pernah tegur MCA. Begini ke perjuangan UMNO ‘menentang’ DAP?”

Sebelum ini, Umno bahagian Tanjung Piai dilaporkan inginkan pemimpinnya, Jefridin Atan, bertanding bagi kerusi campuran tersebut.

Perkara ini ditentang hebat oleh Ketua MCA bahagian Kapar yang mengugut secara terbuka untuk keluar parti jika calonnya MCA tidak dipertimbangkan.

Menurut Rosdzaman, semenjak UMNO memasuki perjanjian permuafakatan dengan PAS, nampak sangat pemimpinnya takut dilabel sebagai pro-Islamik sekiranya MCA bertindak keluar dari BN.

“Nak takut apa? Daripada mengambil risiko hilang pengundi Melayu, lebih baik lepaskan MCA sekiranya itu yang dia hendak. Bukannya dengan simpan MCA akan dapat balik Sabah dan Sarawak.

“Nak raih undi Cina tu boleh bincang kemudian, bukannya UMNO tak boleh masuk perjanjian dengan parti lain sebelum PRU15. Bukannya MCA mampu berdiri sendiri ataupun diterima oleh PH.

“UMNO seharusnya beri lebih fokus untuk menilai sekiranya berlaku peningkatan dalam peratus pengundi Melayu-Islam yang sanggup mengundi calon parti tersebut.

“Andaikata UMNO meletakkan calon dan calon itu kalah, tidak mengapa, asalkan ada peningkatan undi, itu memang dikira sebagai tanda kekuatan UMNO meningkat selepas HPU.

“UMNO tak nampak ke semua ini?”

GERAKAN BANGSA NASIONAL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...