Tanjung Piai: Pertembungan Melayu-Melayu sah, amat memalukan

Semalam, GBN menegaskan perlunya pertembungan sebegini dielakkan selagi tidak ada usaha daripada pemimpin-pemimpin Melayu-Islam untuk duduk bermuzakarah di meja bulat sebagai langkah susulan dari Kongres Maruah Melayu (KMM) dan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU). Sumber (gambar): Malaysiakini

Kenyataan presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa)  Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz bahawa beliau akan bertanding pada PRK Parlimen Tanjung Piai sekaligus mengesahkan akan berlaku pertembungan antara Melayu dengan Melayu.

Menerusi satu sidang media (lihat bawah) semalam, GBN memutuskan menganggap baik pencalonan kedua-dua wakil PH dari PPBM dan wakil BN dari MCA memandangkan ianya bermakna tidak ada calon DAP yang bertanding dan tidak berlaku pertembungan Melayu dengan Melayu.

Sementara itu, Calon Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Karmaine Sardini, 66, berkata beliau bersedia bertembung di lima penjuru bagi kerusi Tanjung Piai.

Jawapan ringkas Karmaine itu juga dilihat seperti memberi bayangan bukan sahaja calon dari parti politik utama tetapi juga timbul kemungkinan akan ada calon bebas.


PETALING JAYA: Kenyataan presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa)  Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz bahawa beliau akan bertanding pada PRK Parlimen Tanjung Piai sekaligus mengesahkan akan berlakunya pertembungan antara Melayu dengan Melayu.

Semalam, GBN menegaskan perlunya pertembungan sebegini dielakkan selagi tidak ada usaha daripada pemimpin-pemimpin Melayu-Islam untuk duduk bermuzakarah di meja bulat sebagai langkah susulan dari Kongres Maruah Melayu (KMM) dan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU).




Menerusi satu sidang media (lihat bawah), GBN memutuskan untuk menganggap baik pencalonan kedua-dua wakil dari PPBM dan MCA memandangkan tidak ada calon DAP yang bertanding dan tidak berlaku pertembungan Melayu dengan Melayu.

“Duduk bermuzakarah dulu, jangan sekadar bersalam-salaman dan melaung-laungkan penyatuan di KMM tanpa ada niat untuk berbincang di meja bulat.

“Kalau dah bincang dan masih gagal capai kata sepakat ke arah penyatuan, tak apa, kita terima pertembungan Melayu dan Melayu di PRK.

“Tapi kalau sekarang dah nak bertembung selepas menjerit-jerit agenda penyatuan, itu hipokrisi namanya.”

SIDANG MEDIA: ISU PENCALONAN DI TANJUNG PIAI, MAJLIS EKONOMI BERSAMA RAKYAT

Loading...

Posted by Raggie Jessy Rithaudeen on Thursday, October 31, 2019

Sementara itu, Calon Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Karmaine Sardini, 66, berkata beliau bersedia bertembung di lima penjuru bagi kerusi Tanjung Piai.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya, mungkin esok ada lima penjuru, ” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Harapan dan Sukarelawan P165 Parlimen Tanjung Piai di Perkarangan Restoran As Salam di sini hari ini.

Jawapan ringkas Karmaine itu juga dilihat seperti memberi bayangan bukan sahaja calon dari parti politik utama tetapi juga timbul kemungkinan akan ada calon bebas.

GERAKAN BANGSA NASIONAL



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...