Saya sebenarnya melihat gandingan Salahuddin-Guan Eng sedang cuba sabotaj kempen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Tanjung Piai dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang berniat menimbulkan kemarahan kedua-dua pengundi Melayu-Islam dan Cina.
Ini memandangkan kenyataan-kenyataan mereka seirama dan senada, selaras dengan hubungan “abang dan adik” parti AMANAH dan DAP, di mana AMANAH diketahui umum merupakan proksi kepada DAP.
Jika kenyataan Guan Eng berniat menakut-nakutkan pengundi Cina supaya menolak calon Melayu-Islam, kenyataan Salahuddin pula dilihat mengapi-apikan semangat kebencian pengundi Melayu-Islam terhadap calon PPBM.
Kesannya, lebih ramai pengundi Cina dan Melayu-Islam akan mengundi calon Barisan Nasional dari MCA, di mana kemenangan BN kemudiannya akan digunakan oleh DAP dan AMANAH sebagai modal untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad berundur dari jawatan Perdana Menteri.
SUBANG JAYA: Taktik menakut-nakutkan pengundi supaya berasa rimas dengan parti-parti pembangkang berteraskan Melayu-Islam nampaknya menjadi teras kepada kempen kedua-dua parti Amanah dan DAP di Tanjung Piai.
Dalam satu pertemuan di SJKC Pei Chio Kukup Laut, Menteri Pertanian PH, Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub terang-terang menghasut pengundi dengan sentimen perkauman yang seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak polis.
“Kalau bagi balik BN berkuasa.. dia kawan dengan PAS, you jaga! ini country akan huru hara
“Kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, takda org tembak sana sini, takda orang bakar sana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh,” katanya
Kalau sebelum ini kempen hasutan menjadi lumrah kepimpinan DAP, kini ia menjadi bekalan bagi sebuah parti yang wujud atas ehsan kepimpinan tersebut.
Terdahulu, pada 28hb Oktober 2019, Lim Guan Eng sendiri mendakwa kerajaan pintu belakang melibatkan UMNO dan PAS, sekiranya terbentuk, akan menjurus kepada pelucutan hak asasi bukan melayu dan bukan Islam
Walaubagaimanapun, kenyataan beliau tidaklah seteruk kenyataan yang dibuat seorang lagi pemimpin DAP, iaitu Chew Chong Sin, yang mendakwa kerjasama PAS dan UMNO mampu menjurus kepada keganasan di negara ini.
Sehingga kini, tidak ada penahanan ataupun siasatan yang dibuat terhadap Guan Eng atau Chong Sin oleh pihak PDRM biarpun kenyataa-kenyataan mereka jelas berbaur perkauman, bersifat hasutan dan mampu menjurus kepada keadaan huru-hara.

RJ RITHAUDEEN