Tanjung Piai tanda berakhirnya politik kepalsuan DAP, Anwar

Raggie Jessy Rithaudeen

Kejayaan calon Barisan Nasional Wee Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti undi 15,086 merupakan tanda amat jelas penentangan masyarakat Melayu-Islam, Cina dan India terhadap politik kepalsuan DAP.




Apa yang mengejutkan ialah sokongan besar-besaran masyarakat Cina terhadap calon MCA buat pertama kalinya semenjak berlakunya tsunami Cina yang pertama pada Pilihan Raya Umum ke 12.

Jeck Seng berjaya meraih 25,466 undi mengatasi calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi, Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707 undi dan Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) 850 undi.

Manakala, dua lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar pula masing-masingnya memperoleh 380 undi dan 32 undi.

Sejarah membuktikan masyarakat Cina tanah air amat mementingkan kestabilan ekonomi dan tidak teragak-agak menyokong pembangkang jika kerajaan dilihat gagal mengawal kewangan negara dengan bijak ataupun menyebabkan ekonomi negara merudum.

Tsunami terbaru semalam merupakan petanda Cina sudah mula muak dengan Lim Guan Eng yang lebih giat memarakkan gelombang Islamophobia, pro-evangelis dan anti-Melayu daripada menarik pelabur asing atau menstabilkan matawang negara.

Kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan perkauman oleh gandingan Guan Eng serta beberapa pemimpin DAP, termasuk ayah Guan Eng, Lim Kit Siang, turut menakutkan masyarakat Cina yang bimbang berlakunya huru-hara yang mampu menjejaskan lagi ekonomi mereka.

Guan Eng turut dikaitkan dengan penarikan keluar dana pelaburan terus oleh pelabur asing yang sedar akan penipuan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan berhubung situasi kewangan, hutang dan nisbah hutang kepada GDP negara.

Loading...

Penipuan-penipuan ini turut dikesan oleh beberapa agensi piawaian tersohor di dunia, seperti Moody’s, yang pernah menegur Guan Eng berhubung kepalsuan data hutang negara dan nisbah hutang kepada GDP yang tidak menepati laporan Bank Negara dan realiti semasa.

Para pelabur juga dikhuatiri takut dengan persepsi ketidaktentuan politik yang sengaja ditimbulkan oleh gandingan Anwar dan kuncu-kuncu beliau seperti Otai Reformasi dan Syed Husin Ali.

Mereka dipercayai menimbulkan persepsi ini untuk menakutkan para pelabur dengan niat mengganggu gugat perjalanan ekonomi negara.

Mereka terus menerus mengungkitkan isu peralihan kuasa sejak beberapa bulan lalu biarpun Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berulang kali mengesahkan akan letak jawatan sebelum berakhirnya penggal penuh parlimen ke-15.

Anwar turut tidak pernah mengangkat jarinya membantu pihak kerajaan mengatasi kemelut ekonomi yang melanda biarpun pernah bergelar Menteri Kewangan dan tahu benar akan keresahan masyarakat Melayu-Islam terhadap pengendalian kewangan negara oleh Guan Eng.

Beliau sebaliknya menuduh kerajaan tidak menepati janji biarpun terlibat sendiri dengan DAP dalam menabur janji-janji tersebut seperti penurunan harga minyak dan sebagainya.

Keputusan PRK Tanjung Piai jelas menunjukkan penolakkan rakyat terhadap politik kepalsuan ini dan menandakan DAP sudahpun tiba ke penghujung jalan.

Saya akan merungkai perkara ini dengan lebih terperinci dalam satu sidang media yang bakal disiarkan secara live petang ini menerusi FB Raggie Jessy Rithaudeen dan turut akan dipaparkan menerusi YouTube dan portal www.thethirdforce.net lewat malam nanti.

Saya turut akan membincangkan perkara ini dalam satu sesi santai live bersama beberapa ahli poltik minggu hadapan di mana kami akan menyentuh beberapa isu berhubung hala-tuju PH, Barisan Barisan Nasional dan masyarakat Melayu-Islam sebelum dan selepas PRU15.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...