Tatkala DAP memaksa umat Islam menghunus ‘pedang’ kebenaran keluar daripada sarungnya

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kerapkali kita terbaca di akhbar tempatan dan media sosial tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan pihak tertentu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Diraja Malaysia yang sebilangan besar ahlinya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Ada yang mendakwa pihak polis memutarbelit fakta dan melakukan “selective persecution” terhadap pemimpin pembangkang, tidak kurang juga mereka yang mempersoalkan setiap satu tindakan yang diambil pihak berkuasa seolah-olah pihak ini bertanggungjawab melaporkan kepada umum setiap satu tindakan yang diambil.


Ya, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kepincangan yang agak serius dalam pentadbiran persekutuan hinggakan ianya terlalu memihak kepada pucuk pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

Perkara ini jelas dilihat ketika polis melakukan serbuan di sebuah unit di pangsapuri Pavillion yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak di mana serbuan tersebut nyata melanggar beberapa protokol polis.

Tetapi ini tidak bermakna rakyat boleh secara melulu melemparkan tuduhan terhadap PDRM tanpa soal-selidik.

Umum perlu faham, bahawa tidak ada sesiapapun di kalangan umat manusia yang boleh lari dari melakukan kesilapan, kerana sesungguhnya, tidak ada manusia di bumi Allah ini yang sesempurna Nabi Muhammad SAW.

Justeru, adalah tidak wajar sekiranya umat Islam sendiri terjebak dalam gejala buruk sangka tanpa sebab, kerana sikap inilah yang sangat dimurkai Allah SWT dan mampu menyebabkan suatu peradaban Islam yang ulung tersungkur ke bumi.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Janganlah kita lupa pada firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat; 217, yang membawa maksud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim”

Al Baqarah: 193

Sedangkan kita yang seperjalanan mencari kebenaran seharusnya bermuzakarah, inikan pula ada di kalangan kita yang terlalu obsess mengejar populariti sehingga sanggup menuding jari terhadap PDRM semata-mata kerana ingin mempamirkan “keberanian luar biasa.”

Akuilah, bahawa apabila kita mula mewar-warkan sesuatu perkhabaran yang belum terbukti kesahihannya ataupun malas melakukan siasatan bagi memastikan kebenarannya, kita akan tergolong dalam kelompok manusia yang digelar “penyebar fitnah” dan akan sentiasa dimurkai Allah SWT.

Ya, janganlah kerana kemaruk dengan keinginan meumpaskan pihak lawan kita tidak mampu membezakan antara yang kawan dan yang lawan, kerana sesungguhnya, mereka yang tidak mampu membezakan antara yang kawan dan lawan sudah tentu sanggup mengaibkan saudaranya sendiri, termasuk anggota polis dari kalangan umat Islam yang bertungkus lumus menjaga kesejahteraaan kita bersama.

Itulah yang diinginkan DAP.

Ya, itulah yang dimahukan oleh puak pemusnah ini yang begitu lama berdendam dengan Islam dan masyarakat Melayu-Islam hinggakan pucuk pimpinannya sentiasa mengorat langkah demi melagakan Melayu-Islam sesama sendiri.

Lihatlah cara DAP memperjuangkan perkumpulan Dong Zong, sedangkan perkumpulan ini sah menabur fitnah terhadap pemimpin Melayu-Islam dengan mendakwa kononnya usaha memperkenalkan seni khat dan penulisan jawi akan menjurus ke arah pengislaman pendidikan.

Mereka inginkan masyarakat Melayu-Islam bergelut sesama sendiri.  DAP tahu, bahawa pemimpin Melayu-Islam yang berada di luar kepompong kerajaan akan teragak-agak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha beliau memerangi Dong Zong kerana masih menaruh dendam terhadapnya.

Ini sekaligus akan menjurus kepada perpecahan dikalangan masyarakat Melayu-Islam, di mana ada yang akan menyalahkan pemimpin-pemimpin tertentu dari pihak pembangkang, terutamanya UMNO, yang sentiasa melaungkan penyatuan tetapi dingin dengan sokongan mereka terhadap kepimpinan Islam kerajaan pusat dalam memerangi musuh Islam.

Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan keraguan di kalangan penyokong UMNO terhadap keikhlasan pemimpin parti tersebut meletakkan Islam dan agenda penyatuan sebelum kepentingan peribadi dan akan beransur-ansur melemahkan semangat perjuangan kumpulan-kumpulan Melayu Islam menentang DAP.

Saudara-saudari sekalian,

Setiap langkah kita menuju ke air yang jernih pasti ada tatasusilanya, sopan santunnya, nilai peradabannya dan etikanya. Dalam kita hidup berkomuniti, janganlah pula kita lemah dari segi keimanan sehingga mudah diperdaya pihak lawan melakukan perkara yang mampu mengaibkan Islam dan umatnya.

Sememangnya sudah menjadi lumrah bagi DAP melagakan umat Islam sesama sendiri. Amat tidak wajar sekiranya ada diantara kita beranggapan bahawa syaitan itu akan berdiri di depan kita dalam rupanya yang asli tanpa bertopengkan kebenaran dan nilai-nilai murni.

Justeru, kita harus sentiasa berpandukan kepada fakta dalam kita menjurus ke arah penyatuan. Segerakanlah muzakarah, dan janganlah kita leka dan takabbur sehingga tidak lagi mampu membezakan antara yang benar dan palsu, yang sahih dan yang tersasar”

Ya, janganlah kita berani menghunus pedang keluar daripada sarungnya selagi kita tidak mampu menjurus ke arah kebenaran, kerana sesungguhnya, angkara fitnah itu lebih besar dosannya daripada membunuh sesama manusia.

Dan janganlah pula kita memusuhi hamba Allah yang diamanatkan menjaga keamanan dan ketenteraman negara, kerana sesungguhnya, pemimpin mereka adalah dari kalangan kita dan mampu menjamin keselamatan kita tatkala pihak musuh melampaui batas dan kita terpaksa menghunus ’pedang’ kebenaran keluar daripada sarungnya.

Wallahu a’lam

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...