Tatkala rakyat terhimpit, wakil rakyat Kelantan nikmati kenaikan gaji

Menurut timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain. Sumber (gambar): Fail TTF

تتكالا رعيت ترهيمڤيت، واكيل رعيت كلنتن نعمتي كناءيقن ڬاجي

Tatkala wabak Covid-19 menggila dan rakyat terhimpit akibat kos sara hidup meningkat dan kehilangan sumber pendapatan, wakil rakyat blok kerajaan didendang dengan pelbagai peluang lumayan melibatkan perbelanjaan dana milik rakyat dan negara.

Kini, barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000.

Anehnya, kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk meningkatkan gaji EXCO dan ADUN walaupun membentangkan belanjawan defisit sebanyak RM66.02 juta berbanding RM46.07 juta tahun lalu.

Seharusnya, kerajaan Kelantan lebih menumpukan terhadap perang Covid-19, masalah bekelan air di peringkat negeri dan juga rakyat yang hilang sumber pendapatan daripada boros berbelanja dengan menjadikan wakli-wakil rakyatnya lebih kaya.


IPOH: Tatkala wabak Covid-19 menggila dan rakyat terhimpit akibat kos sara hidup meningkat dan kehilangan sumber pendapatan, wakil rakyat blok kerajaan didendang dengan pelbagai peluang lumayan melibatkan perbelanjaan dana milik rakyat dan negara.

Kini, barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000.




Menurut timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

Katanya, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan sebagai pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

“Jadi untuk merapatkan perbezaan ini, sekurang-kurangnya beza tak ketara dengan negeri lain… sebab itu ada cadangan supaya kita selaraskan (gaji wakil rakyat).

“Yang kedua… ini saya akan sebut dalam pembentangan memandangkan keadaan semasa semakin berat… kenaikan (gaji) wakil rakyat ni… dia (wang) pergi ke orang ramai juga… sebab wakil rakyat kita di Kelantan peranannya macam pegawai kebajikan,” katanya.

Ini sekaligus menjadikan pendapatan keseluruhan wakil-wakil rakyat dari PAS yang ada kini antara tertinggi dalam sejarah tanah air jika diambil kira jawatan-jawatan yang diagihkan di peringkat persekutuan dan negeri serta kenaikan gaji yang bakal dinikmati.

Anehnya, kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk meningkatkan gaji EXCO dan ADUN walaupun membentangkan belanjawan defisit sebanyak RM66.02 juta berbanding RM46.07 juta tahun lalu.

Seharusnya, kerajaan Kelantan lebih menumpukan terhadap perang Covid-19, masalah bekelan air di peringkat negeri dan juga rakyat yang hilang sumber pendapatan daripada boros berbelanja dengan menjadikan wakli-wakil rakyatnya lebih kaya.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...