Tatkala wabak Covid-19 melanda, peruntukan kawasan parlimen Muar, Langkawi disekat

Syed Saddiq memberitahu pemberita melalui Whatsapp bahawa beliau akan menggunakan keseluruhan gajinya selama sebulan bagi membantu pihak yang terkesan dengan ancaman Covid-19. Sumber (gambar): TTF

تتكالا وابق چوۏيد-19 ملندا، ڤرونتوكن كاوسن ڤرليمين موار، لڠكاوي دسكت

Portal berita The Malaysian Insight semalam melaporakan bahawa peruntukan kawasan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disekat kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, seperti dialami Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

TTF tidak pasti bagaimana kerajaan mencapai keputusan ini dan berharap ianya tidak melibatkan politik dendam kerana rakyat Langkawi seharusnya tidak perlu menanggung beban pertukaran dalam kerajaan pusat.

Jumaat lalu, Syed Saddiq memberitahu bahawa beliau telah mendapat pengesahan yang kawasan parlimennya tidak lagi disenaraikan untuk menerima peruntukan wakil rakyat.

“Apa salah saya, kerana saya menyokong (pengerusi Bersatu) Dr Mahathir Mohamad? Kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan (bekas perdana menteri) Najib Razak dan (presiden Umno) Zahid Hamidi,” katanya.


SUBANG JAYA: Portal berita The Malaysian Insight semalam melaporakan bahawa peruntukan kawasan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disekat kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, seperti dialami Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut TMI, perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai bekas Perdana Menteri itu kepada The Malaysian Insight yang turut menyatakan ia meliputi seluruh Kedah.




TTF tidak pasti bagaimana kerajaan mencapai keputusan ini dan berharap ianya tidak melibatkan politik dendam kerana rakyat Langkawi seharusnya tidak perlu menanggung beban pertukaran dalam kerajaan pusat.

Jumaat lalu, Syed Saddiq memberitahu bahawa beliau telah mendapat pengesahan yang kawasan parlimennya tidak lagi disenaraikan untuk menerima peruntukan wakil rakyat.

“Saya sudah menghubungi bahagian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk mengesahkan perkara ini dan dimaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri yang tidak masukkan Muar dalam senarai,” katanya dalam satu mesej yang didedahkan oleh anggota Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin.

Syed Saddiq kemudian memberitahu pemberita melalui Whatsapp bahawa beliau akan menggunakan keseluruhan gajinya selama sebulan bagi membantu pihak yang terkesan dengan ancaman Covid-19.

“Gaji 1 bulan. Ya. Kerana sampai sekarang peruntukkan sebagai ahli parlimen belum diterima.

“Apa salah saya, kerana saya menyokong (pengerusi Bersatu) Dr Mahathir Mohamad?

“Kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan (bekas perdana menteri) Najib Razak dan (presiden Umno) Zahid Hamidi,” katanya.

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...