‘Tau takpe, kalau jantan, ada maruah, minta maaf…’

“Ya, penularan gelombang kedua Covid-19 yang bermula di Sabah tidak pernah reda sepenuhnya biarpun Darurat diisytiharkan dan parlimen ‘digantung’. Semua ini disebabkan politik darjat, wang, kuasa dan kedudukan oleh sekumpulan pemimpin yang mendakwa mereka ini ‘prihatin’ dan ‘berjiwa rakyat’. Bagaimana rakyat tidak marah?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ءتاو تقڤ، كالاو جنتن، اد مرواه، مينتا معاف…ء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kerajaan tahu rakyat marah khususnya berhubung pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula tengah malam ini dan Kuala Lumpur pada 7 Mei.

Ini menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berkata usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini.




“Saya tahu rakyat marah… tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat,” katanya.

Persoalannya, jika benar kerajaan tahu rakyat marah, kenapa tidak meminta maaf atas sikap pemimpin kerajaan sendiri yang menyumbang secara terus kepada penularan wabak Covid-19?

Satu Malaysia tahu penularan wabak Covid-19 menggila selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang dicetuskan September tahun lalu selepas seorang dua pemimpin tertinggi PPBM dan UMNO cuba ‘membeli’ sokongan ADUN WARISAN.

Tindakan pemimpin-pemimpin ini menggangu-gugat perjalanan pentadbiran negeri Sabah yang mula dibelengui fenomena lompat katak dan politik tak tentu hala menyebabkan usaha kerajaan negeri mengurus dan memantau situasi Covid-19 terbantut.

Ini memaksa mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, untuk menasihati Timbalan Yang Dipertua Negeri agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Kesemuanya berpunca daripada sikap kemaruk kuasa dan kedudukan kepimpinan utama PPBM dan UMNO yang bergelut dan bercatur tak tentu hala agar Sabah dapat dikawal sepenuhnya oleh Ketua Menteri dari parti masing-masing.

Sejurus selepas DUN dibubarkan, bermulalah kempen Pilihan Raya yang paling dasyat dalam sejarah tanah air melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan ahli parlimen dari UMNO dan PPBM yang sentiasa berulang-alik dari Putrajaya ke Sabah.

Loading...

Kempen-kempen ini melibatkan puluhan ribu warga Sabah yang jelas melanggar SOP penjarakkan sosial dan pelitup muka berdasarkan puluhan klip video ceramah dan kegiatan lain yang tular di media sosial.

Malangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sekali pun menekankan perlunya Pilihan Raya Negeri Sabah ditangguhkan menerusi pengisytiharan Darurat walaupun angka Covid-19 sudah menunjukkan tanda-tanda tercetusnya gelombang kedua.

Kesemua ini gara-gara keterdesakan Muhyiddin dan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional untuk memastikan Ketua Menteri baharu Sabah adalah dari PPBM.

Klip-klip video yang tular turut menunjukan pelanggaran SOP oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan PPBM sendiri yang terlalu khusyuk berpolitik dan berkempen hingga tidak sedar adegan-adegan mereka dirakam.

Kemudian, selepas Ketua Menteri baharu dilantik, naritif ‘pandemik’ tiba-tiba kembali menjadi tumpuan apabila angka Covid-19 mula menggila. Tetapi adakah kepimpinan PPBM atau UMNO mengaku bertanggungjawab terhadap penularan itu?

Tidak.

Siapa yang dipersalahkan?

Rakyat.

Data tidak menipu, dan tren rasmi jangkitan yang dipaparkan oleh pihak Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan kesan Pilihan Raya Negeri Sabah terhadap penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Tetapi pemimpin-pemimpin PPBM dan UMNO tidak dipersalahkan. Sebaliknya, rakyat asyik diberitahu untuk “mematuhi SOP” dan dihukum dengan denda beribu ringgit dan penjara jika melanggar SOP, sekaligus mengalihkan perhatian umum daripada PRN Sabah.

Kemudian, apabila PKP 2.0 diumumkan dan Darurat diisytiharkan, berjuta warganegara yang sedia terhimpit disebabkan PKP pertama diseksa sekali lagi tatkala menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen yang menyumbang secara terus kepada penularan Covid-19 menikmati gaji puluhan ribu ringgit sebulan menggunakan “wang rakyat.”

Apakah kerajaan meminta maaf atas sikap rakusnya di Sabah atau menghukum menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen yang melanggar SOP di negeri itu?

Tidak.

Sebaliknya, rakyat dihukum lagi dengan PKP 3.0 yang merupakan akibat langsung dari penularan wabak Covid-19 selepas PRN Sabah disebabkan keghairahan kepimpinan PPBM dan UMNO untuk mengawal negeri itu.

Ya, penularan gelombang kedua Covid-19 yang bermula di Sabah tidak pernah reda sepenuhnya biarpun Darurat diisytiharkan dan parlimen ‘digantung’.

Semua ini disebabkan politik darjat, wang, kuasa dan kedudukan oleh sekumpulan pemimpin yang mendakwa mereka ini ‘prihatin’ dan ‘berjiwa rakyat’.

Bagaimana rakyat tidak marah?

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...