Team A UMNO terkena jerat sendiri – Bahagian Satu (Pendedahan Penuh)

“Menerusi kerjasama PAS dan UMNO Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Team A berjaya meyakinkan kepimpinan pusat, bahagian dan cawangan UMNO di seluruh negara bahawa kehadiran PAS akan menjamin undi Melayu-Islam. Ini memandangkan PAS merupakan sebuah parti Islamik, di mana kepercayaan parti itu terhadap UMNO dan Najib sekaligus bermakna kesemua tuduhan terhadap Najib “fitnah belaka”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saudara saudari tentu ingat rungkaian saya berhubung Langkah Sheraton dan keruntuhan Pakatan Harapan menerusi siri 21 bahagian bertajuk “Komplot Tumbangkan Kerajaan Muhyiddin” yang memperinci niat terselindung Team A UMNO.




Sepintas lalu, Team A, yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan kumpulan minoriti yang disokong oleh 8 ahli parlimen (seorang kini beralih ke Team B), satu per empat ketua bahagian UMNO dan ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dilantik, bukannya dipilih.

Manakala itu, Team B diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan ketua bahagian dan kini disertai satu kelompok kecil yang diketuai oleh seorang tokoh negarawan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Team A mendapati sokongan terhadapnya merosot teruk disebabkan kemarahan sebilangan tertentu penyokong UMNO yang bengang dengan Najib kerana tidak melepaskan jawatannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Kumpulan penyokong ini menyalahkan Najib dan UMNO kerana kekalahan Barisan Nasional di Pilihan Raya itu dan mendorong lebih ramai pengundi Melayu-Islam meminggirkan UMNO selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Walaubagaimanapun, bukan semua pengundi Melayu-Islam yang meminggirkan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-14 mengalihkan sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan.

Sebilangan mereka mula melihat kehebatan PAS hingga mampu ‘menakluki’ Terengganu dan mempertahankan Kelantan dalam pada berlakunya “gelombang anti Najib” yang menjurus kepada kekalahan Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini menjurus kepada “gelombang peralihan kedua” kumpulan peyokong UMNO yang mula berdamping dengan PAS kerana menganggap parti itu sebagai “benteng pertahanan maruah Melayu-Islam terakhir,” di mana kumpulan ini mula merasakan PAS perlu menjadi pengganti kepada UMNO.

Loading...

Melihatk keadaan ini, Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mula sedar bahawa Team A tidak akan bertahan dan mungkin terkubur terus jika satu bentuk kerjasama baharu tidak dimulakan dengan PAS secepat mungkin.

Atas sebab itulah Team A mula berbincang dengan PAS tentang perlunya PAS dan UMNO “mengeratkan lagi” kerjasama kedua-dua parti itu menerusi pembentukkan sebuah gabungan baharu berasaskan konsep “perpaduan ummah.”

Untuk meyakinkan PAS agar kerjasama ini dieratkan, Team A menggunakan alasan perlunya inisiatif yang dimulakan oleh Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dimantapkan lagi demi mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP.

Tetapi ini hanyalah alasan semata-mata, kerana pada ketika itu, beberapa pemimpin UMNO sememangnya berbincang secara sulit kemungkinan untuk bekerjasama dengan DAP, termasuk Tan Sri Annuar Musa, yang secara terbuka mengakui perlunya UMNO ‘bersifat matang’ dalam hal ini.

Team A hanya menggunakan alasan perlunya PAS dan UMNO “mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP” kerana tahu DAP merupakan musuh ketat PAS disebabkan apa yang berlaku ketika Langkah Kajang.

Hakikatnya, Team A telah menunggang PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi untuk menangkis tekanan dari dalam Barisan Nasional dan UMNO yang inginkan Najib letak jawatan.

Pada ketika itu, Najib cuba melakukan apa yang sekian lama tidak mampu dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO sebelum itu, iaitu menyatukan UMNO dan PAS di bawah bumbung Barisan Nasional dengan niat berpaut kepada sokongan pengundi Melayu-Islam dari luar bandar terhadap PAS..

Walaupun tidak berhasil, Najib akhirnya berjaya meyakinkan PAS bahawa “kesemua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung SRC dan 1MDB merupakan pembohongan puak Pakatan Harapan, termasuk DAP.”

Atas dasar itulah PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO, sekaligus mengurangkan tekanan dari dalam UMNO agar Najib meletakkan jawatannya untuk mengelakkan Barisan Nasional daripada kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14.

Menerusi kerjasama ini, Team A berjaya meyakinkan kepimpinan pusat, bahagian dan cawangan UMNO di seluruh negara bahawa kehadiran PAS akan menjamin undi Melayu-Islam.

Ini memandangkan PAS merupakan sebuah parti Islamik, di mana kepercayaan parti itu terhadap UMNO dan Najib sekaligus bermakna kesemua tuduhan terhadap Najib “fitnah belaka.”

Malangnya, bukan hanya UMNO kalah teruk di Pilihan Raya Umum ke-14, majoriti pemimpin pusat, bahagian dan cawangan mula rasakan diri mereka “tertipu” dan “diperdaya oleh Najib” apabila melihat UMNO kecundang tetapi PAS semakin menyerah di Pilihan Raya itu.

Inilah sebab sebenar Team A kini merupakan kumpulan minoriti walaupun majoriti pemimpinnya terdiri daripada mereka yang pernah menerajui kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Bersambung esok….

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...