Tegur Anwar dulu sebab sekongkol dengan kleptokrat, jangan asyik tuding jari terhadap Mahathir

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumer (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

مليسيا ترڤقسا باير ڤمڤاسن رم320 جوت كران ڤمبطلن ڤروجيت هسر

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad tegur pada Anwar Ibrahim adalah atas dasar berterus terang dan fakta yang nyata.

Tetapi masalah dengan pemimpin-pemimpin PH mereka terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

Kalau Anwar Ibrahim suruh mereka makan tahi pun kemungkinannya semua kalangan itu akan makan.




Tolong tegur perangai buruk Anwar Ibrahim terlebih dahulu. Dia terlalu taksub hendak jadi perdana menteri.

Untuk jadi perdana menteri; Anwar Ibrahim sanggup lakukan apa saja.

Cuba lihat keadaan sekarang, demi untuk dapatkan kuasa bagi jadi perdana menteri; Anwar Ibrahim sanggup kerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi termasuk semua golongan kleptokrasi.

Pada pru14 kita lawan kerajaan kleptokrasi secara bermati-matian!! Itu merupakan asas utama perjuangan pada waktu itu.

Kini, Anwar Ibrahim sedang bekerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi bagi menjatuhkan kerajaan PN kearah memertabatkan dirinya bagi jadi PM9.

Kenapa tidak ada sesiapapun di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang berani tampil untuk tentang pendirian buruk Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Najib Razak serta Zahid Hamidi?

Mana pergi Pemuda pkr dan Amanah dalam isu ini? Siapa yang tidak relevan? Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun Anwar Ibrahim?

Loading...

Pemuda PKR dan Amanah tolong jawab siapa yang mencacatkan imej PH untuk dapatkan semula mandat rakyat dari kerajaan PN?

Tindakan ‘desperado’ Anwar Ibrahim adalah satu pengkhianatan pada keseluruhan rakyat Malaysia yang telah mengundi PH dan menolak BN pada pru14 yang lepas kerana rejim kleptokrasi telah merosakkan negara kita dengan begitu teruk sekali.

Kita tolak kleptokrasi tapi kini Anwar Ibrahim boleh bekerjasama dengan ‘ketua’ kleptokrasi!! Di mana logiknya tindakan ‘bodoh’ Anwar Ibrahim ini?

Presiden pkr ini juga terus menipu rakyat Malaysia menyatakan dia ada cukup nombor sokongan dari ahli-ahli parlimen untuk calonkan dia sebagai PM9.

Perbuatan penipuan Anwar Ibrahim itu juga telah mencemarkan reputasi PH secara menyeluruh!

Keseluruhan rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan pada PH serta mentertawakan pembangkang saja.

Mengapa tiada siapa dari pemimpin-pemimpin PH berani menegur segala kesalahan Anwar Ibrahim?

Semua pemimpin-pemimpin PH harus berani tegur Anwar Ibrahim terlebih dahulu.

Hentikan menuding jari pada Tun Dr Mahathir Mohamad tapi suruh Anwar Ibrahim ‘cerminkan’ mukanya terlebih dahulu.

Pemuda PKR dan Amanah adalah kalangan ‘kaki bodek minda lemah otak udang.’ Otak mereka duduk di lutut bukan di dalam tempurung kepala.

Hakikatnya, yang tidak relevan adalah Anwar Ibrahim. Dia dan kebanyakan pemimpin-pemimpin PH sudah bankrap ‘idea’ dalam politik.

Bukan kita tolak gabungan besar dengan PH tetapi sekiranya Anwar Ibrahim tidak ikhlas dan masih mahu menerima golongan kleptokrats; saya rasa lambat laun PH juga akan ditolak oleh rakyat Malaysia pada pru15 kelak.

Sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad tak perlu fikir lagi tentang gabungan besar dengan PH kerana prinsip buruk Anwar Ibrahim itu sendiri yang bakal membawa rebah pada pembangkang.

Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi, cuma Pemuda PKR dan Amanah saja yang cuba mendewa-dewakan ‘manusia berpenyakit’ aneh ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...