Khairuddin Abu Hassan
تڬورن داتوق سري مخريز امت جوجور، انور ڤاتوت تريما ساج حقيقة بلياو تيدق لاڬي ريليۏن
Demi kelangsungan politik pembankang untuk terus kekal relevan semua pihak kena terima teguran ikhlas Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir secara hati yang terbuka.
Seandainya pemimpin-pemimpin pembangkang mahu terus relevan serta diterima oleh rakyat jelata; Anwar Ibrahim harus digantikan dengan muka baru untuk memimpin gagasan pembangkang.
Keputusan PRN Melaka dan Sarawak merupakan signal jelas para pengundi sedang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang dianggap lapuk serta ketinggalan zaman.
Politik ‘baling batu sorok tangan,’ ‘tikam belakang,’ ‘pecah dan perintah’ serta agenda kepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang hanya mahu jadi Perdana Menteri Malaysia sudah tidak boleh diterima lagi di alaf moden ini.
Masa depan pembangkang dalam lanskap politik tanahair sedang menuju kearah ‘era kegelapan’ kini kerana wadah perjuangan Anwar Ibrahim hanya untuk dirinya bukan agenda kepentingan bangsa dan negara sepertimana perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar Ibrahim tidak mempunyai agenda untuk membela rakyat secara jelas.
Lihat saja demi kepentingan peribadinya dan PH; Anwar Ibrahim sanggup memeterai MoU dengan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.
Kini, apa saja yang dilakukan oleh kerajaan kleptokrasi 2.0 keseluruhan Ahli-Ahli Parlimen PH terpaksa menyokong atau hanya berkecuali dalam mana-mana pengundian di dalam Dewan Rakyat.
Sebab itu rakyat sedang menghukum PH dalam kedua PRN yakni di Melaka mahupun Sarawak.
Parti Anwar Ibrahim gagal untuk memenangi walaupun satu kerusi DUN dalam kedua PRN tersebut.
Cukup-cukuplah pemimpin-pemimpin PH mengizinkan Anwar Ibrahim terus menipu dan memperbodohkan mereka!!
Pemimpin-pemimpin PH yang berada dalam ‘circle’ Anwar Ibrahim sedang menghadapi sindrom sokong secara membuta-tuli terhadap apa saja kesalahan yang dilakukan oleh Presiden PKR itu.
Tiada siapa di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang berani menegur segala kelemahan serta kesilapan Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini.
Jadi, apabila muncul tokoh pemimpin yang berada di luar PH membuat teguran secara telus, jujur dan ikhlas sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir maka semua pihak harus terima dalam konteks yang positif.
Inilah keperibadian dan jati diri Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir yang ikhlas bercakap secara jujur ‘without fear & favour.’
Beliau bukan seorang yang suka mengecam, memfitnah atau mengkritik orang lain tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Jati diri Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir amat tertib, bersopan santun, tawadduk serta amat menghormati orang lain.
Tetapi apabila beliau mula berbicara sedemikian rupa maka terdapatlah mesej penting yang cuba disampaikan oleh beliau secara amat jujur demi kepentingan bersama.
Keseluruhan pemimpin-pemimpin PH dan Anwar Ibrahim harus menerima pandangan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir secara berlapang dada demi menjaminkan survival politik pembangkang di negara kita yang tercinta ini.
Barisan pembangkang harus mencontohi PEJUANG yang terus kekal berprinsip serta tetap menolak kluster kleptokrats dan golongan pengkhianat yang masih merosakkan bangsa mahupun negara kita.
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
