Tengah rakyat derita banjir, parti baharu yang dikaitkan dengan Zuraida dilancarkan esok

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamarudin. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠه رعيت دريتا بنجير، ڤرتي بهارو يڠ دكايتكن دڠن ذورايدا دلنچركن ايسوق

Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan membuat kemunculan dalam kancah politik negara ini apabila bakal dilancarkan pada Selasa.

Menerusi satu jemputan kepada pihak media pada Isnin, parti tersebut yang menggelarkan mereka sebagai ‘kuasa baharu’ akan dilancarkan di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada jam 2.30 petang, Selasa.

Difahamkan, PBM dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penukaran nama SWP kepada PBM dan perlembagaan baharunya.

Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut.


SHAH ALAM: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan membuat kemunculan dalam kancah politik negara ini apabila bakal dilancarkan pada Selasa.

Menerusi satu jemputan kepada pihak media pada Isnin, parti tersebut yang menggelarkan mereka sebagai ‘kuasa baharu’ akan dilancarkan di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada jam 2.30 petang, Selasa.




Jemputan yang berlatarbelakangkan warna ungu itu turut menggunakan slogan Rumah Malaysia, Keluarga Malaysia.

Difahamkan, PBM dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penukaran nama SWP kepada PBM dan perlembagaan baharunya.

PBM mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 November dan barisan kepemimpinan baharu juga dilantik.

Pada masa ini, Presiden PBM ialah Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.

Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut.

Sumber:

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...