Tengku Adnan mengaku minta sumbangan politik bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Kuala Kangsar

Tengku Adnan berkata, beliau memaklumkan kepada Kin Kong bahawa UMNO dan BN memerlukan RM5 juta untuk PRK berkenaan ketika berjumpa ahli perniagaan itu sekitar Jun 2016. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو عدنان مڠاكو مينتا سومبڠن ڤوليتيك باڬي ڤيليهن راي كچيل سوڠاي بسر، كوالا كڠسر

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku meminta sumbangan politik daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.

Tengku Adnan, 69, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dalam perbicaraan kes menerima suapan RM2 juta daripada Kin Kong, tiga tahun lalu.

Tengku Adnan berkata, beliau memaklumkan kepada Kin Kong bahawa UMNO dan BN memerlukan RM5 juta untuk PRK berkenaan ketika berjumpa ahli perniagaan itu sekitar Jun 2016.

“Selepas beberapa lama, Kin Kong memaklumkan kepada saya beliau bersetuju memberikan RM2 juta kepada UMNO untuk kedua-dua PRK berkenaan, namun memerlukan sedikit masa untuk mengumpul dana dan akan memberikannya kepada saya kemudian.

“Saya memaklumkan Kin Kong bahawa saya akan mendahulukan RM2 juta kepada UMNO memandangkan saya mempercayai beliau,” katanya.


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku meminta sumbangan politik daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.

Tengku Adnan, 69, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dalam perbicaraan kes menerima suapan RM2 juta daripada Kin Kong, tiga tahun lalu.




Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Tengku Adnan berkata, pada 5 Mei 2016, Ahli Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Datuk Noriah Kasnon serta Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian mengumumkan tarikh PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijalankan serentak pada 18 Jun 2016.

“Sebagai Pengerusi UMNO dan BN Wilayah Persekutuan, saya perlu membantu persediaan kedua-dua PRK dan antara individu yang saya mohon untuk dapatkan sumbangan adalah Kin Kong.

“Beliau (Kin Kong) sudah memberikan sumbangan kepada UMNO dan BN sejak saya dilantik Pengerusi Eksekutif UMNO pada 1999,” katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau memaklumkan kepada Kin Kong bahawa UMNO dan BN memerlukan RM5 juta untuk PRK berkenaan ketika berjumpa ahli perniagaan itu sekitar Jun 2016.

Katanya, ketika itu, Kin Kong tidak berjanji memberikan sebarang sumbangan kepada UMNO dan BN, namun menyatakan akan melakukannya kemudian.

“Selepas beberapa lama, Kin Kong memaklumkan kepada saya beliau bersetuju memberikan RM2 juta kepada UMNO untuk kedua-dua PRK berkenaan, namun memerlukan sedikit masa untuk mengumpul dana dan akan memberikannya kepada saya kemudian.

Loading...

“Saya memaklumkan Kin Kong bahawa saya akan mendahulukan RM2 juta kepada UMNO memandangkan saya mempercayai beliau,” katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau menggunakan wangnya terlebih dulu untuk membayar perbelanjaan UMNO bagi kedua-dua PRK itu kerana secara umumnya sumbangan politik perlu dibuat secara tunai dalam tempoh singkat bagi membayar keperluan kempen.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu memaklumkan sukar mengumpulkan wang tunai segera, sebaliknya memberikan cek pada 14 Jun 2016.

“Sumbangan politik oleh Kin Kong dibuat menerusi cek berjumlah RM2 juta dan saya meminta cek dibayar kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd memandangkan saya sudah menggunakan wang sendiri untuk bayaran pendahuluan UMNO bagi kempen PRK.

“Jadi, saya tegaskan yang saya tidak memerlukan wang RM2 juta itu untuk diri sendiri. Sebelum menyertai Kabinet pada 2001 atas permintaan Perdana Menteri terdahulu, saya adalah ahli perniagaan yang berjaya,” katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau terbabit dalam pelbagai urusan perniagaan termasuk hartanah, pembalakan, pertanian dan perhotelan menerusi syarikatnya iaitu Tadmansori Holdings Sdn Bhd.

“Sebaik menyertai Kabinet kali pertama sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001, saya diminta membuat pengisytiharan harta kepada Perdana Menteri.

“Pada 2006, selepas dilantik Menteri Pelancongan, sekali lagi saya diminta membuat pengisytiharan harta,” katanya.

Pada prosiding itu juga, Tengku Adnan berkata, beliau sering memberikan wang pendahuluan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan parti politik itu memenuhi liabiliti serta kewajipannya.

Katanya, beliau pernah dan masih memberikan pendahuluan kepada UMNO serta BN bagi tujuan operasi, yang mana wang itu akan dibayar kembali kepadanya.

“Saya juga memberi akujanji untuk memberikan sokongan kewangan kepada UMNO bagi membolehkannya memenuhi liabiliti dan kewajipan parti politik itu apabila tiba masanya.

“Malah, sehingga kini Pemuda UMNO masih berhutang dengan saya sebanyak RM17 juta,” katanya pada perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...