
Khairuddin Abu Hassan
تڠكو عدنان تيدق ڤرنه دتاور جاوتن تڤي عيم، دي چوبا بوديق تون محضير تاڤي ڬاڬل
Tengku Adnan Mansor adalah salah seorang kluster mahkamah yang mempunyai reputasi amat buruk serta tidak ‘laku’ kepada sesiapa pun.
Beliau adalah seorang ‘opportunist’ yang pandai membodek serta bijak mengambil kesempatan untuk survival diri.
Beliau adalah seorang yang ‘haprak’ diacukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu masa dahulu tetapi kini lupa daratan.
Manusia yang tidak tahu mengenang budi seperti Tengku Adnan Mansor ini tidak akan diberkati oleh Allah swt dan tuhan tidak akan mengangkat darjat manusia seperti ini.
Sebab itu pada hari ini reputasi beliau teramat buruk!!
Suruh beliau bertanding dalam PRU15 kali ini dan sama-sama kita lihat di mana kedudukannya di kacamata rakyat.
Kekuatan pemimpin-pemimpin korup UMNO hanyalah dengan menabur wang ringgit kepada rakyat.
Namun, pada hari ini rakyat amat bijak di mana duit diambil tetapi memberi undi belum tentu lagi.
Pada hakikatnya, tidak ada mana-mana tokoh pemimpin yang mahu tawarkan beliau dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Manusia seperti Tengku Adnan Mansor ini adalah liabiliti kepada parti. Reputasinya amat teruk sekali.
Tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya adalah satu pembohongan sama sekali!!
Saya rasa kini bila orang dengar nama Tengku Adnan Mansor semua nak termuntah!!
Selepas PRU14 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri kali kedua; beliau yang ‘terhegeh-hegeh’ datang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya hendak berbincang mengenai penyatuan.
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengundang beliau dan pada pengamatan saya pada hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad juga merasa begitu ‘mual dan jelek’ untuk dengar nama Tengku Adnan Mansor ini.
Tidak pernah Tun Dr Mahathir Mohamad menjemput beliau untuk pertemuan serta tidak pernah ditawarkan sebarang jawatan!!
Seandainya, Tengku Adnan Mansor membayangkan beliau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah penipuan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras!!
Inilah sifat Tengku Adnan Mansor seorang ‘kaki penipu’ yang bijak mengambil kesempatan serta menyusun ‘perang psikologi’ seolah-olah beliau mempunyai ‘nilai.’
Nilai Tengku Adnan Mansor adalah dalam ‘tong sampah’ kerana Tengku Adnan Mansor itu sendiri adalah ‘sampah sarap toksik’ yang harus dinyahkan secara total.
Sesungguhnya juga, saya amat mengenali ‘sampah toksik’ ini!!
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
