Tengku Razaleigh: Buang pemimpin UMNO yang dahulukan kepentingan parti lain

Tindakan membuang pemimpin boleh diambil kepada siapa-siapa pun, termasuk pimpinan utama UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ: بواڠ ڤميمڤين امنو يڠ دهولوكن كڤنتيڠن ڤرتي لاين

Mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain, boleh dikenakan tindakan displin, termasuk dibuang parti, tegas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan itu juga boleh dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada di kalangan mereka yang mengambil pendekatan sedemikian.

Tengku Razaleigh berkata, adalah tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan, khususnya Pakatan Harapan, sedangkan UMNO selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.

Beliau berkata, pada masa kini, terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan UMNO, terutamanya dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.


KUALA LUMPUR: Mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain, boleh dikenakan tindakan displin, termasuk dibuang parti, tegas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan itu juga boleh dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada di kalangan mereka yang mengambil pendekatan sedemikian.




“Bagi saya, sebagaimana yang disuarakan oleh ramai ahli-ahli UMNO di peringkat bawah, sikap yang ditunjuk oleh pimpinan UMNO itu seolah-olah dia tidak hormati perjuangan UMNO.

“Nak mendahulukan pimpinan parti lain. Mengapa begitu? Jadi kalau inilah sikap mereka sebenar, mereka patut diambil tindakan, sampai boleh dibuang daripada parti kalau tidak memperjuangkan kepentingan parti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Tengku Razaleigh berkata, adalah tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan, khususnya Pakatan Harapan, sedangkan UMNO selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.

Beliau berkata, pada masa kini, terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan UMNO, terutamanya dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.

“Apakah pimpinan daripada parti pembangkang, mesti didahulukan, dan disokong oleh kita? (Sedangkan kita tak bersetuju dengan dasar-dasar dia.

“Ini terpulang kepada mereka mempunyai sikap yang kuat memperjuangkan perjuangan parti itu sendiri. Kalau mereka fikir kita tidak mempunyai haluan, sebagaimana kehendak dan tuntutan parti dan orang Melayu seluruhnya, maka terpulang kepada ahli-ahli yang sedar, untuk bertindak,” katanya lagi.

Dan tindakan itu, ulas beliau lagi, boleh diambil kepada siapa-siapa pun, termasuk pimpinan utama UMNO.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...