Tengku Razaleigh dan Khairy sah berdebat 29 Jun ini

KUALA LUMPUR: Dua calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bakal berdebat di saluran 501 Astro AWANI.

Pegawai kepada kedua-dua tokoh telah menyatakan persetujuan untuk hadir di program ‘Debat Presiden UMNO’ yang dijadual berlangsung selama sejam bermula 9.30 malam, 29 Jun ini.

Buat masa ini, Astro AWANI sedang menantikan maklum balas daripada pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sama ada bersetuju untuk bersama di dalam debat berkenaan.

Cadangan untuk berdebat muncul selepas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam temu bualnya bersama Astro AWANI menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO, Zahid dan Khairy Jamaluddin bagi menjawab semua persoalan yang berbangkit.

Sumber: Astro Awani

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments