Tengku Razaleigh dedah kisah PM China pertama minta berjumpa dengannya 

Menurut Tengku, Zhou menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan seorang taikun bernama Tan Kah Keedi Pulau Pinang, apabila kapal yang membawa Zhou pulang dari Perancis rosak dekat perairan di situ. Sumber (gambar): TTF

تڠكو غزالياغ دده قيصه ڤي عيم چينا ڤرتام مينتا برجومڤا دڠنڽ

Menurut Tengku Razaleigh, setelah berangkat dari Guangzhou ke Beijing, beliau dimaklumkan oleh pihak dari China yang menjaga rombongan Malaysia bahawa Perdana Menteri China ingin adakan perjumpaan dengannya.

“Petang itu saya dibawa ke Great Hall of the People, dan sedang menunggu saya (di situ) ialah mendiang Zhou Enlai dan rakan-rakannya, yang menurut Zhou, merupakan ahli-ahli daripada biro politik parti komunis.”

Tengku Razaleigh turut menceritakan bagaimana percakapan Zhou menjurus kepada kemungkinan China mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Saya bangkitlah soal bagaimana kita dapat adakan hubungan, sedangkan kumpulan yang berada di negeri Cina atas nama Parti Komunis Malaya, sedang melakukan berbagai perkara yang menakutkan rakyat, kerana membunuh orang kita, menjahanamkan harta benda kita dan sebagainya.

“Dia (Zhou) kata itu bukan perbuatan China, itu perbuatan kumpulan Marxist-Leninist. Ini saya lapor kepada kerajaan apabila saya balik.”


Tahukah anda bahawa Perdana Menteri China yang pertama, Zhou Enlai, pernah meminta untuk bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyuarakan hasrat kerajaan China memulakan hubungan diplomatik bersama kerajaan Malaysia?

Perkara ini didedahkan oleh Tengku Razaleigh sendiri dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, dan kejadian yang dimaksudkan berlaku pada Mei 1971, ketika Malaysia menghantar, buat sulung kalinya, satu delegasi perdagangan untuk menghadiri sebuah Pameran Perdagangan di Guangzhou.




Pada ketika itu, Tengku Razaleigh merupakan presiden Dewan Perniagaan Melayu, dan berdasarkan fahaman saya, Malaysia menghantar delegasi ke Guangzhou untuk memperkasakan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China.

Menurut Tengku Razaleigh, setelah berangkat dari Guangzhou ke Beijing, beliau dimaklumkan oleh pihak dari China yang menjaga rombongan Malaysia bahawa Perdana Menteri China ingin adakan perjumpaan dengannya.

“Petang itu saya dibawa ke Great Hall of the People, dan sedang menunggu saya (di situ) ialah mendiang Zhou Enlai dan rakan-rakannya, yang menurut Zhou, merupakan ahli-ahli daripada biro politik parti komunis.

“Hampir lapan (hingga) sembilan orang yang menyambut kedatangan saya, saya hanya pergi berjumpa dengan Zhou Enlai bersama tiga pegawai daripada rombongan saya, kerana itu sahaja jumlah yang saya dibenar bawa bersama,” Tengku Razaleigh berkata.

Menurutnya, Zhou menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan seorang taikun bernama Tan Kah Kee di Pulau Pinang, apabila kapal yang membawa Zhou pulang dari Perancis rosak dekat perairan di situ.

Berdasarkan kisah yang disampaikan, Tan menyerahkan semua perniagaan besar miliknya kepada menantunya, Lee Kon Chian, termasuk OCBC Bank, Lee Rubber dan Great Eastern Insurance.

“Zhou Enlai memperkenalkan Tan Kah Kee kepada saya sebagai seorang patriot yang besar bagi negeri China kerana rela korbankan segala-gala yang dimilikinya untuk balik berjuang.

Loading...

“Itu satu pengorbanan yang dia (Zhou) kata disanjung tinggi oleh rakyat dan parti komunis. (Kemudian) langsunglah kita bercakap pasal hubungan sejarah China dengan Malaysia.”

Tengku Razaleigh menceritakan bagaimana percakapan Zhou menjurus kepada kemungkinan China mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Saya bangkitlah soal bagaimana kita dapat adakan hubungan, sedangkan kumpulan yang berada di negeri Cina atas nama Parti Komunis Malaya, sedang melakukan berbagai perkara yang menakutkan rakyat, kerana membunuh orang kita, menjahanamkan harta benda kita dan sebagainya.

“Dia (Zhou) kata itu bukan perbuatan China, itu perbuatan kumpulan Marxist-Leninist. Ini saya lapor kepada kerajaan apabila saya balik.”

Menurut Tengku Razaleigh, dia ada membangkitkan soal Chin Peng kepada Zhou dan bertanya jika Chin Peng pernah ke Beijing.

“Dia kata tidak sekali-kali, mungkin (Chin Peng) ada hubungan dengan Marxist-Leninist, (tetapi) tidak ada dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mao Tze Tong.

“Dia ulang dua tiga kali (untuk) menegaskan fakta ini kepada saya dan rombongan yang bersama saya. Saya nampak dia beriya-ia sangat nak memulakan hubungan diplomasi dengan kita.”

Kisah ini mendedahkan peranan penting yang dimainkan oleh Tengku Razaleigh pada peringkat awal sebelum terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...