Tengku Razaleigh dedah pendaftaran Perikatan Nasional ditentang ramai pemimpin Barisan Nasional

Tengku Razaleigh Hamzah hadir pada mesyuarat pra-majlis Ahli Parlimen UMNO dan BN di Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai persediaan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok selepas PN menubuhkan kerajaan beberapa bulan yang lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ دده ڤندفترن ڤريكتن ناسيونل دتنتڠ راماي ڤميمڤين باريسن ناسيونل

Cadangan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah dikatakan bakal mendapat tentangan ramai khususnya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan namun ramai yang masih mahu kekal di bawah naungan BN dan menggunakan logo parti berkenaan.

Sementara itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut hadir pada mesyuarat mesyuarat pra-majlis Ahli Parlimen UMNO dan BN, mengakui selain perbincangan tentang sidang Parlimen esok, isu berkenaan pendaftaran PN turut disentuh.

Begitupun katanya, perbincangan mengenai perkara itu tidak terlalu mendalam dan masih belum ada sebarang keputusan.


KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah dikatakan bakal mendapat tentangan ramai khususnya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan namun ramai yang masih mahu kekal di bawah naungan BN dan menggunakan logo parti berkenaan.




“Pendaftaran PN masih dibincang lagi tapi nampaknya ramai yang tidak bersetuju, mereka masih nak guna BN dengan semboyan terkenal, orang dah biasa dengan lambang tu dan banyak jasa BN,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita MalaysiaGazette hari ini.

Difahamkan Ahli Parlimen Gua Musang itu hadir pada mesyuarat pra-majlis Ahli Parlimen UMNO dan BN di Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai persediaan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung esok selepas PN menubuhkan kerajaan beberapa bulan yang lalu.

Mesyuarat itu turut dihadiri ramai ahli Parlimen BN antaranya Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan bahawa parti itu akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini pada pilihan raya tahun depan, Tengku Razaleigh berkata, tindakan itu adalah wajar.

Katanya, BN berhak mempertahankan semua kerusi milik parti tersebut sebelum ini dan perkara itu tidak perlu diperbincangkan lagi.

“Memang kerusi kita, kita kena bertanding. Dia (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) cakap nak bincang, kita tidaklah bincang sebab memang kerusi kita.

“Tidak bertegas, memang kita cakap kerusi kita, kompromi apa kalau kerusi kita, rumah awak orang nak, awak mahu kompromi?” soalnya.

Loading...

Selepas Annuar menyatakan pendirian mewakili BN berkenaan kerusi, lain pula pendapat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan bahawa perkara tersebut perlu melalui meja rundingan terlebih dahulu.

Sementara itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut hadir pada mesyuarat itu mengakui selain perbincangan tentang sidang Parlimen esok, isu berkenaan pendaftaran PN turut disentuh.

Begitupun katanya, perbincangan mengenai perkara itu tidak terlalu mendalam dan masih belum ada sebarang keputusan.

“Perkara itu (pendaftaran PN) ada disentuh dan dimaklumkan oleh presiden tapi belum ada kata putus,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman mengharapkan agar semua ahli Parlimen BN bersatu dan hadir bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

“Untuk Dewan Rakyat esok, macam kita kena bersatu dan semua ahli Parlimen kena hadir dan sokong kerajaan PN.

“Insya-ALLAH, Speaker dan Timbalan Speaker juga akan berubah esok,” katanya.

Difahamkan selepas mesyuarat berakhir, kesemua wakil rakyat BN akan berhimpun di Putrajaya bagi mengadakan perjumpaan bersama semua ahli Parlimen gabungan parti PN pula.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...