Tengku Razaleigh Hamzah, genius ekonomi tersohor

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Sumber (gambar): Fail TTF

Azhar Kamaruzaman

تڠكو غزالياغ حمزه، ڬينياس ايكونومي ترسوهور

1. Tengku Razaleigh Hamzah diputerakan pada 13hb April 1937 dan berasal daripada keluarga Diraja yang sangat terkenal pada abad ke-18, iaitu daripada keturunan Long Yunus.

2. Beliau melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast dalam bidang ekonomi dan tamat pengajian pada 1958.

3. Kuli memulakan perananya buat kali pertama sebagai penjana ekonomi orang Malayu apabila menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama pada tahun 1965.




4. Hasil kongres itu, beliau dilantik sebagai  Pengerusi Bank Bumiputra pertama, sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu boleh terlibat dalam perniagaan bank yang sebelum ini dimonopoli oleh orang asing.

5. Bayangkan, selepas 15 tahun sahaja penubuhanya, cawangan Bank Bumiputra bertambah kepada 75 unit dengan aset berjumlah RM6 billion pada tahun 1983.

6. Lebih menakjubkan, Bank Bumiputra yang setahun jagung itu juga berjaya ambik alih aset bank-bank lain dengan penguasaan 30-100% saham bernilai RM 17.9 billion.

7. Menyedari masalah penduduk luar bandar, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilantik sebagai pengerusi PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) telah mengubah suai beberapa model perniagaan untuk diterapkan dalam struktur perniagaan.

8. Ini termasuk model Waugh dan Guthrie dari England serta model perniagaan Boots yang diubah suai untuk memastikan pemasaran dan pengurusan secara sistematik.

9. Langkah kedua yang dirintis oleh Tengku Razaleigh Hamzah ialah mendapatkan hak pengurusan import dan eksport barangan dari China untuk syarikat Malaysia kerana sebelum ini syarikat Malaysia terpaksa berurusan dengan syarikat di Hong Kong dan Singapura.

10. Tengku Razaleigh Hamzah turut membuka peluang perniagaan Pernas dalam bidang insuran, pembinaan, projek hartanah, pembekalan dan pelaburan. Ini merupakan sektor-sektor yang kurang diceburi oleh kaum Melayu.

Loading...

11. Pada 17hb Ogos 1974, beliau menubuhkan Petronas (Petroleum Nasional BHD) untuk memonopoli semua urusan petroleum di Malaysia.

12. Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memimpin Petronas sehingga mampu bersaing dengan syarikat-syarikat minyak asing seperti Shell, Esso, Caltex, British Petroleum dan Mobil.

13. Begitulah kehebatan Tengku Razaleigh Hamzah, hingga presiden Ford dari Amerika Syarikat mendesak Tun Abdul Razak untuk memecat beliau kerana dasar Petronas yang dilaksanakan oleh Tengku merugikan syarikat asing.

14. Sejarah ketokohan ekonomi Tengku Razaleigh Hamzah dapat kita lihat apabila beliau tubuhkan Fleet Holdings untuk membantu perniagaan dan kepentingan bumiputra.

15. Syarikat ini berjaya merampas pemilikan akhbar yang diterbitkan di Malaysia tetapi dimiliki oleh syarikat dari Britain dan Singapura serta berjaya memiliki penguasaaan teknologi Telekomunikasi.

16. Disebabkan kejujurannya, Tengku Razaleigh Hamzah mula menyedari hakikat bahawa parti politik tidak harus terlibat dalam perniagaan dan terus melantik pemegang amanah dalam Fleet Holding.

Ini adalah sejarah kemuncak perniagaan bumiputra yang dianggap mercu kejayaan seorang anak muda Melayu yang berjaya menguruskan perniagaan dalam pelbagai sektor yang tidak pernah diceburi oleh kaum Melayu sebelumnya.

Sehingga hari ini, hasil jasa dan pengorbanan Tengku Razaleigh Hamzah masih dapat kita rasai dan berdiri sama tinggi di puncak arena perniagaan dunia.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...