Tengku Razaleigh ikhlas, saranannya harus disambut baik semua pemimpin UMNO

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Says.com

Khairuddin Abu Hassan

Demi kesejahteraan masa depan negara, saranan YBM Tengku Razaleigh Hamzah amat tepat pada masanya.

Sesungguhnya, pemimpin-pemimpin UMNO harus letak jawatan masing-masing dalam kerajaan ‘tebuk atap’ yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.

Ini kerana Muhyiddin Yassin bukan seorang tokoh pemimpin yang boleh memimpin secara terbaik mungkin.




Saya berharap rakyat tidak tertipu dengan kerajaan ‘pintu belakang’ PN yang gagal untuk bersatu sesama mereka.

Dalam kerajaan ‘tebuk atap’ PN terdapat dua kumpulan yang berpecah – UMNO dan BN di satu puak manakala PPBM serta PAS di satu blok yang berasingan.

Mereka nampak saja elok dari luar tetapi secara dalaman kerajaan ‘pintu belakang’ ini tiada elemen perpaduan sesama mereka.

Jadi macamana mereka hendak tadbir negara secara berkesan?

Kerajaan ‘pintu belakang’ ini sedang bersandiwara saja bagi mengekalkan kuasa mereka natijah dari pengkhianatan mandat rakyat pada PRU14 yang lepas.

Apa yang memburukkan lagi keadaan adalah dunia luar tidak iktiraf kerajaan ‘tebuk atap’ ini.

Jadi, bagaimana kerajaan ‘pintu belakang’ PN hendak mentadbir negara secara effektif?

Loading...

Negara-negara luar hanya memandang sepi saja terhadap kepimpinan negara masakini yang ‘merompak’ nandat rakyat secara tidak beretika.

Sebab itulah saranan YBM Tengku Razaleigh Hamzah amat tepat serta kena pada masanya yang harus diiikuti oleh keseluruhan pemimpin-pemimpin umno yang bersih.

Sebuah kerajaan yang mantap dan diakui dunia mesti diujudkan secara kadar segera jika mahu negara ini selamat.

Mandat rakyat mesti dipulangkan semula, dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN mesti disingkirkan.

Semua pihak harus menyahut saranan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan hati yang terbuka kerana beliau adalah seorang tokoh politik yang dihormati oleh semua kalangan masyarakat yang cukup ikhlas serta tidak setuju dengan kaedah penubuhan kerajaan ‘tebuk atap’ ini.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah tiada kepentingan peribadi, sesungguhnya, Putera Diraja ini amat ikhlas sepertimana Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya ingin melihat negara ini terus maju demi kesejahteraan bangsa mahupun negara.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...