
تڠكو غزالياغ كتواي اڠكتن أمانه مرديك رعيت كلنتن
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai gerakan dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed, hari ini, antara lain mendedahkan program sulung gabungan rentas parti itu akan diadakan pada 7 Mei.
“Tahniah dan terima kasih kepada ayahanda ambo (saya) YBM Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) kerana sudi mengepalai gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang merentas batas kepartian dan kepuakan.
“Allah tidak mengubah nasib dan situasi kita kecuali kita sendiri mengubah apa yang ada pada Kita. Kita hanya menawarkan, rakyatlah yang memilih,” katanya di Facebook.

PETALING JAYA: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai gerakan dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed, hari ini, antara lain mendedahkan program sulung gabungan rentas parti itu akan diadakan pada 7 Mei.
Katanya, Amanah Kelantan bersedia bergabung tenaga dan memberi kerjasama penuh demi membawa dan menawarkan perubahan kepada rakyat negeri itu.
TONTON: FAKTA SEBENAR ISU HAKIM NAZLAN
“Tahniah dan terima kasih kepada ayahanda ambo (saya) YBM Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) kerana sudi mengepalai gerakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang merentas batas kepartian dan kepuakan.
“Allah tidak mengubah nasib dan situasi kita kecuali kita sendiri mengubah apa yang ada pada Kita. Kita hanya menawarkan, rakyatlah yang memilih,” katanya di Facebook.
Hari ini, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa menyifatkan pertemuan Ku Li bersama pemimpin Kelantan termasuk daripada Amanah, baru-baru ini, adalah tindakan individu, bukan keputusan parti.
Annuar yang juga ketua bahagian Umno Ketereh, mengulas laporan sebuah portal berita mengenai ahli Parlimen Gua Musang berkenaan yang mengadakan pertemuan dan perbincangan awal dengan pihak terbabit.
PAS memerintah Kelantan lebih 30 tahun sejak 1990 dan kerajaan negeri ditunjanginya sering menjadi sasaran serangan musuh politik selepas dikatakan tidak mampu membawa pembangunan.
Pada 22 Jan, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata Umno negeri membuat keputusan enggan bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).
Jazlan memberi alasan tindakan itu diambil selepas PAS Kelantan kekal menjalin kerjasama dengan Bersatu, selain mahu bersama parti berkenaan, menjelang PRU15.
Sumber:
WAJIB TONTON:

