
تڠكو غزالياغ مڠهادڤ اڬوڠ بوكن سباڬاي واكيل امنو
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.
Menurut setiausaha Politik Tengku, Mohd Lokman Ghani, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku mengenai situasi semasa politik negara.
Semalam, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 2.40 petang.
Kehadiran beliau itu menimbulkan tanda tanya selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi.
Anwar pula mendakwa memiliki bukti kukuh sokongan majoriti terhadapnya tetapi gagal mempersembahkan bukti itu kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda Tuanku.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.
Menurut setiausaha Politik Tengku, Mohd Lokman Ghani, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku mengenai situasi semasa politik negara.
“Saya sendiri tidak tahu apa yang dibincangkan kerana perbincangan hanya membabitkan empat mata, sekadar memberi pandangan.
“Itu sahaja yang saya tahu. Tengku Razaleigh dipanggil untuk menghadap. Jika Tengku Razaleigh ingin membuat kenyataan, kita akan panggil media selepas ini.
“Tengku Razaleigh dipanggil menghadap atas kapasiti individu yang paling berpengalaman, paling matang, lama dalam politik dan individu yang pernah bekerja dengan semua perdana menteri,” katanya.
Mohd Lokman turut menjelaskan pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tengku Razaleigh, 83, sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno mahupun sebagai wakil parti itu.
Semalam, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 2.40 petang.
Kehadiran beliau itu menimbulkan tanda tanya selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi.
Anwar pula mendakwa memiliki bukti kukuh sokongan majoriti terhadapnya tetapi gagal mempersembahkan bukti itu kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda Tuanku.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar hanya mengemukakan bilangan ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri.
“Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senari nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
