Tengku Razaleigh mungkin hidupkan semula Semangat 46 jika tiada jalan lain

Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO yang berdegil untuk terus kekal berada di tampuk kepimpinan parti walaupun diselubungi pelbagai masalah sehingga parti itu ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ موڠكين هيدوڤكن سمولا سماڠت 46 جك تياد جالن لاين

Sebuah portal yang cenderung ke arah Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, tidak mustahil Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) jika keadaan memaksa.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO selepas didakwa kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Berhubung Semangat 46, Tengku Razaleigh berkata, jika diwujudkan parti baharu sekali pun, sejarah tidak boleh disamakan dengan perjuangan parti asal yang dibawa.

“Lagipun, UMNO sebuah parti yang lama, bukan sahaja parti yang bersejarah, tetapi mendapat dukungan ramai dan kalau UMNO lemah, ia dirasai oleh orang yang ramai dan ini akan menggugat kestabilan politik dalam negara. Itulah yang akan menjadi masalah.

“Bagi saya, jika tak ada jalan, inilah sahaja cara yang patut ditumpu untuk kita bangkit semula semangat perjuangan untuk menstabilkan dalam negara,” katanya.


PETALING JAYA: Sebuah portal yang cenderung ke arah Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, tidak mustahil Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) jika keadaan memaksa.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO selepas didakwa kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.




Tengku Razaleigh turut tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO yang berdegil untuk terus kekal berada di tampuk kepimpinan parti walaupun diselubungi pelbagai masalah sehingga parti itu ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Umno kena buat ‘rebranding’ dan tukar pemimpin bermasalah, jika tidak sukar untuk bangkit semula bila PRU15 nanti.

“Untuk jangka pendek Umno perlu bersatu padu antara ahli, susun semula pemimpin yang ada integriti sahaja yang layak duduk dalam barisan Majlis Tertinggi Umno,” beliau pernah berkata.

Berhubung Semangat 46, Tengku Razaleigh berkata, jika diwujudkan parti baharu sekali pun, sejarah tidak boleh disamakan dengan perjuangan parti asal yang dibawa.

“Lagipun, UMNO sebuah parti yang lama, bukan sahaja parti yang bersejarah, tetapi mendapat dukungan ramai dan kalau UMNO lemah, ia dirasai oleh orang yang ramai dan ini akan menggugat kestabilan politik dalam negara. Itulah yang akan menjadi masalah.

“Bagi saya, jika tak ada jalan, inilah sahaja cara yang patut ditumpu untuk kita bangkit semula semangat perjuangan untuk menstabilkan dalam negara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Jelas beliau, biarpun ada parti baharu ia tidak mampu menyamai UMNO asal dan mengakui ramai mahu ia dikembalikan.

Loading...

“Ramai yang masih setia. Saya rasa memang sudah ada beribu orang yang bersama dengan UMNO asal, cuma kita mahu cari langkah yang baik, strategi yang boleh diterima supaya membangkitkan semula semangat perjuangan ini.

“Saya tahu Covid-19 menyebabkan kita tidak bebas untuk bergerak ke sana sini, tetapi kita ada telefon bimbit, kita boleh berhubungan dengan mereka,” jelasnya lagi.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

‘Kenapa Najib takut saman Clare Brown seperti Hadi Awang, Sultanah Terengganu?’

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...