‘Tengku Razaleigh tak berjaya ajak pemimpin UMNO tarik sokongan terhadap kerajaan’ – Mahathir

Pada Disember lalu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno menarik sokongan beliau kepada kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

ءتڠكو غزالياغ تق برجاي اجق ڤميمڤين امنو تاريق سوكوڠن ترهادڤ كراجأنء – محضير

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

TUN Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau menjalinkan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana mahu mengajak beberapa pemimpin Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata jika ia dapat direalisasikan, kerajaan PN akan jatuh dan usaha melantik Perdana Menteri baharu dapat dilaksanakan.

“Tengku Razaliegh ini ada pengaruh dalam Umno, kalau dia boleh tarik dua tiga orang keluar (sokongan) seperti dia… jatuh kerajaan tetapi dia tidak berjaya tarik. Tiada siapa pun nak tinggal jawatan lumayan ini.

“Kawan dia atau orang yang dekat dengan dia tiada seorang pun, jadi dia tinggal seorang sahaja.

“Jadi saya bersama dengan dia kerana dia kata boleh tarik sebahagian orang Umno tetapi tiada orang Umno nak keluar. Kalau keluar habislah duit kerana perjuangan mereka adalah duit,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost.

Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui Ahli Parlimen Gua Musang itu gagal menarik sokongan walau seorang pun pemimpin Umno seperti diharapkan walaupun beliau mempunyai pengaruh.

“Tengku Razaliegh ini ada pengaruh dalam Umno, kalau dia boleh tarik dua tiga orang keluar (sokongan) seperti dia… jatuh kerajaan tetapi dia tidak berjaya tarik. Tiada siapa pun nak tinggal jawatan lumayan ini.

BACA JUGA: TERKINI: KOMPLOT TERANCANG CALAR REPUTASI HAMID BADOR TERBONGKAR

“Kawan dia atau orang yang dekat dengan dia tiada seorang pun, jadi dia tinggal seorang sahaja.

“Jadi saya bersama dengan dia kerana dia kata boleh tarik sebahagian orang Umno tetapi tiada orang Umno nak keluar. Kalau keluar habislah duit kerana perjuangan mereka adalah duit,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost.

Pada Disember lalu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno menarik sokongan beliau kepada kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga muncul dalam sidang media khas bersama Dr Mahathir, sehari sebelum bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021, sebagai usaha terakhir untuk menggagalkan kelulusan RUU itu di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat, selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

Terkini: Komplot terancang calar reputasi Hamid Bador terbongkar

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...