Tengku Razaleigh: UMNO akan bertanding di Pagoh, kerusi Muhyiddin

Tengku Razaleigh berkata Umno dan PPBM tidak boleh elak pertembungan di kerusi-kerusi majoriti Melayu sekiranya mereka terus bekerjasama. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ: امنو اكن برتنديڠ د ڤاڬوه، كروسي محي الدين

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata parti itu akan bertanding di Parlimen Pagoh, kerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Tengku Razaleigh berkata Umno akan bertanding di kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang sekarang disandang mereka yang keluar parti.

“Apa untung kita dengan PPBM? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang juga pengerusi majlis penasihat Umno, berkata jawatan penting dalam Kabinet harus diberikan kepada partinya kerana pengaruhnya.


PETALING JAYA: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata parti itu akan bertanding di Parlimen Pagoh, kerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Tengku Razaleigh berkata Umno akan bertanding di kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang sekarang disandang mereka yang keluar parti.




“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.

Langkawi kini disandang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh berkata Umno dan PPBM tidak boleh elak pertembungan di kerusi-kerusi majoriti Melayu sekiranya mereka terus bekerjasama.

Sekarang, katanya, banyak dalam Umno menilai semula semula hubungan dengan PPBM kerana meragui manfaat kerjasama mereka.

“Apa untung kita dengan PPBM? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa, berkata gabungan itu mahu mempertahankan semua kerusi tradisinya pada PRU akan datang.

Loading...

Tengku Razaleigh, yang juga pengerusi majlis penasihat Umno, berkata jawatan penting dalam Kabinet harus diberikan kepada partinya kerana pengaruhnya.

Beliau juga menyoal pemimpin partinya apabila Umno tidak mendapat lebih banyak jawatan selepas ia menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri bagi menyelesaikan krisis politik pada Februari.

“Tapi mereka pun tak boleh jawab.”

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...