
تڠكو غزالياغ: امنو تيدق هاروس ڤيكول دوسا ڤمرينتاهن ضرورت
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bukan niat UMNO hendak adakan pemerintahan Darurat yang tidak diperlukan dan merugikan negara.
Dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insight, Tengku Razaleigh berkata, tindakan kerajaan memerintah secara terus-menerus bawah Darurat menyebabkan kurang modal masuk ke negara.
“Tak ada pekerjaan, muda-mudi kita tak dapat bekerja, dan orang-orang yang kena buang kerja atau kerja separuh masa pun tak dapat nak mendapat pendapatan atau upah yang cukup untuk menyara keluarga mereka.
“Semua ini dosa yang kita tanggung, selagi kita terus-menerus mengekalkan kuasa Darurat, sedangkan kita tak perlu pada kuasa Darurat.
“Mengapa UMNO mesti pikul tanggungjawab ini,” katanya.
PETALING JAYA: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bukan niat UMNO hendak adakan pemerintahan Darurat yang tidak diperlukan dan merugikan negara.
Dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insight, Tengku Razaleigh berkata, tindakan kerajaan memerintah secara terus-menerus bawah Darurat menyebabkan kurang modal masuk ke negara.
“Kurang modal, bererti kurang peluang pekerjaan, kurang peluang-peluang perniagaan sampingan, yang boleh dicetus oleh kemasukan modal baharu. Jadi ini yang kita bimbang.
“Tak ada pekerjaan, muda-mudi kita tak dapat bekerja, dan orang-orang yang kena buang kerja atau kerja separuh masa pun tak dapat nak mendapat pendapatan atau upah yang cukup untuk menyara keluarga mereka.
“Semua ini dosa yang kita tanggung, selagi kita terus-menerus mengekalkan kuasa Darurat, sedangkan kita tak perlu pada kuasa Darurat,” katanya.
Menurut veteran UMNO itu lagi, pemerintahan Darurat dan kesan negatifnya terhadap pelaburan telah menafikan hak rakyat biasa untuk bekerja dan membantu bangunkan negara.
“Mengapa UMNO mesti pikul tanggungjawab ini?
“Bukan niat kita nak adakan pemerintahan Darurat. Sekarang ini bukan sahaja modal tak masuk, yang ada di sini pun sudah pindah ke luar.
“Banyak orang kita kena buang kerja. Tak sakit hati ke, tak rasa rugi ke kita?
“Saya rasa rugi kita. Muda-mudi kita baru balik daripada luar negeri sesudah selesai mengaji ataupun muda mudi kita yang keluar universiti (dan) kolej tak dapat mencari kerja nak membantu ibu bapa dia yang tua kerana tidak ada pekerjaan.
“Bukan sehari dua ini, dah berbulan-bulan taka da kerja. Tak kesihan ke?”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Tajuddin tak payah kelentong, mengaku sahaja Zahid, Najib cuba runding dengan Muhyiddin
