
تڠكو زفرول، تاكييوددين حسن، 12 لاڬي اهلي كابينيت داڤت ڬلرن داتوق سري، داتوق
Walaupun masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat, seramai 335 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Daripada jumlah itu, lima menteri dan sembilan timbalan menteri menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk.
Turut menerima SUMW ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam; isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).
PETALING JAYA: Walaupun masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat, seramai 335 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Daripada jumlah itu, lima menteri dan sembilan timbalan menteri menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk.
Mendahului senarai adalah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), yang membawa gelaran “Datuk Seri Utama”.
Manakala itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran “Datuk Seri”.
Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”.
Sembilan timbalan menteri yang menerima darjah kebesaran adalah seperti berikut:
1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar
2. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju
3. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin
4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mastura Mohd Yazid
5. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah
6. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup
7. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary
8. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim
9. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim
Kecuali Santhara yang dianugerahkan SMW, timbalan menteri lain menerima Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Turut menerima SUMW ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam; isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pula menerima Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh FMT dan Malaysiakini
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
