Tengku Zafrul wajib minta maaf sebelum terlambat…

“Zafrul wajib memohon maaf dengan kadar segera dan memperbetulkan persepsi agar beliau tidak dicap sebagai penipu atau ‘subversionist’, yakni pihak yang memandang remeh kuasa, fungsi dan kewibawaan Institusi parlimen”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dakwaan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kononnya kerajaan tidak akan dapat membayar gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat sah palsu.

Perkara ini dijelaskan oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebaik selepas dakwaan tersebut dibuat oleh Zafrul pada 16hb November lalu menerusi satu sidang media di Wisma Bernama.




Menurut Haniff, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan membentangkan belanjawan untuk suku pertama sahaja, merangkumi hal-hal penting seperti pembayaran gaji dan dana untuk berdepan Covid-19.

“Menurut Perkara 102, jika dalam keadaan “yang luar biasa keterdesakannya”, Parlimen boleh membenarkan perbelanjaan bagi “sebahagian” tahun kewangan sehinggalah Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan.

“Maka orang awam tak perlu anggap jika ahli Parlimen tidak menyokong belanjawan, jika cadangan mereka ditolak, yang mereka tidak mengutamakan negara,” katanya.

Perkara ini turut diulas oleh Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), yang berkata, adalah menjadi hak keperlembagaan ahli Parlimen untuk menyokong atau menolak belanjawan.

“Pihak kerajaan dan ahli akademik perlu menghormati hak dan tugas keperlembagaan ahli Parlimen dengan tidak membuat ugutan tidak wajar,” katanya.

Banyak pihak sudah menyuarakan pendapat, termasuk saya sendiri apabila menegaskan Zafrul samada diberi nasihat yang salah, terkhilaf atau cuba mengugut ahli-ahli parlimen secara halus.

Tetapi sehingga kini, Zafrul masih belum mengeluarkan sebarang permohonan maaf atas ‘kekhilafannya’ atau sekurang-kurangnya mengambil inisiatif untuk memperbetulkan fakta.

Loading...

Ini sekaligus menimbulkan syak pihak kerajaan sengaja menakut-nakutkan rakyat menerusi penyebaran maklumat palsu atau propaganda agar ahli-ahli parlimen tertekan untuk menyokong belanjawan.

Sekiranya benar, bukan hanya ianya bukti keterdesakan kerajaan meluluskan Belanjawan 2021, ianya merupakan satu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Parlimen.

Ini kerana tekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan boleh mendorong ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat dan hak berperlembagaan mereka untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan keahlian mereka dalam Dewan Rakyat.

Ianya turut mendorong ahli-ahli parlimen untuk mengabaikan lafaz sumpah jawatan dan sumpah setia untuk menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan yang dipegang mereka.

Sekiranya ini bukan niat pihak kerajaan, maka Zafrul wajib memohon maaf dengan kadar segera dan memperbetulkan persepsi agar beliau tidak dicap sebagai penipu atau ‘subversionist’, yakni pihak yang memandang remeh kuasa, fungsi dan kewibawaan Institusi parlimen.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...