Tepat Kata Wan Saiful, Muhyiddin Sepatutnya Tidak Hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi PN

Raggie Jessy Rithaudeen

Malaysiakini menulis (komen saya di bawah):

Wan Saiful Wan Jan menyatakan keraguannya sama ada Muhyiddin Yassin dan “penjilat-penjilat” Presiden Bersatu itu akan mematuhi prosedur yang betul dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.




Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang dipecat daripada Bersatu tahun lalu itu berkata, dia menghantar surat rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya memantau perkembangan isu berkenaan bagi memastikan Bersatu mematuhi proses yang sewajarnya.

Wan Saiful turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin wajar menghadiri mesyuarat tersebut atau tidak memandangkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN dinyatakan berkuat kuasa mulai 1 Jan lalu.

“Kalau dia sepatutnya tidak hadir tetapi masih hadir, maka akan timbul persoalan – adakah mesyuarat itu sah.

“Mengesahkan peletakan jawatan pengerusi seharusnya menjadi agenda pertama mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.

“Kalau Muhyiddin masih nak hadir (dan) apabila peletakan jawatannya disahkan (dalam mesyuarat itu), sebelum masuk agenda kedua Muhyiddin perlu keluar mesyuarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Komen saya

Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Wan Saiful.

Muhyiddin tidak wajar menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang, memandangkan agenda utama mesyuarat tersebut ialah peletakan jawatan Muhyiddin.

Loading...

Kalau ya pun dia hadir, apabila peletakan jawatannya disahkan dan sebelum masuk agenda kedua, Muhyiddin perlu keluar mesyuarat.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...