“Berdasarkan undang-undang atau peruntukan perlembagaan manakah Zahid merangka perjanjian yang merampas hak berperlembagaan ahli-ahli parlimen UMNO untuk menentukan, secara sukarela dan/atau peribadi, status sokongan mereka terhadap Perdana Menteri?” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Semalam, Malaysiakini menulis:
Umno akan terus memperkukuh dan mempertahankan kerajaan perpaduan, tegas Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.
“Mesyuarat (MKT) juga memperakukan bahawa semua ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perdana meneri dan kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya pada satu kenyataan malam ini.
Kata Asyraf, ketetapan tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung umno pada 14 Januari 2023.
Ahad lalu pula, Sinar Harian menulis:
Spekulasi 10 ahli Parlimen blok kerajaan akan beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak akan berlaku sama sekali.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu mustahil berlaku kerana Ahli Parlimen UMNO telah diikat dengan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).
Sebelum itu, pada 30 November, Astro Awani menulis:
UMNO memberi jaminan bahawa tiada ahli Parlimen daripada parti itu yang akan berpaling tadah menyokong Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana mereka terikat dengan perjanjian.
Persoalannya;
1. Kenapa kem Zahid tiba-tiba perlu ulangi isu ‘perjanjian’ hampir setiap hari jika benar tidak ada sebarang kecemasan atau konflik bersama ahli-ahli parlimen UMNO?
2. Kenapa perlu buat kenyataan di umum berhubung perjanjian itu, sedangkan perkara ini patut dibincang terus bersama ahli-ahli parlimen yang lebih maklum dan faham isi kandungannya?
3. Jika benar perjanjian itu mengikat ahli parlimen, kenapa takut sampai buat mesyuarat tergempar MKT setahun selepas kerajaan ditubuhkan dan didakwa “terlalu stabil?”
4. Jika benar ketetapan “mempertahankan kerajaan perpaduan” diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu, kenapa perlu ‘ditetapkan’ semula pada mesyuarat ‘tergempar’ MKT, sedangkan MKT terang-terang tidak ada kuasa untuk mencabar keputusan PAU?
5. Kenapa tidak dipanggil terus mesyuarat kepimpinan tertinggi UMNO bersama ahli-ahli parlimen parti untuk ‘mengulangi’ pendirian UMNO?
6. Bukankah ini membayangkan ada sesuatu yang tidak kena, menyebabkan MKT terpaksa mengadakan mesyuarat ‘khas’ dan kemudian membuat kenyataan media tanpa penglibatan ahli-ahli parlimen UMNO?
7. Bukankah ini mencadangkan ada masalah serius di antara MKT dan ahli-ahli parlimen UMNO dan tahap kecemasan serius di peringkat kepimpinan tertinggi parti?
8. Berdasarkan undang-undang atau peruntukan perlembagaan manakah Zahid merangka perjanjian yang merampas hak berperlembagaan ahli-ahli parlimen UMNO untuk menentukan, secara sukarela dan/atau peribadi, status sokongan mereka terhadap Perdana Menteri?
9. Bukankah perjanjian ini haram…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
